Tabarruj dan fesyen pakaian muslimah pada zaman kini

Nozira Salleh, (2021) Tabarruj dan fesyen pakaian muslimah pada zaman kini. AKADEMIKA, 91 (1). pp. 109-118. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
276kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1368

Abstract

Pada zaman kini, fesyen pakaian wanita secara umumnya dan Muslimah secara khususnya sangat hebat melanda masyarakat di Malaysia. Tambahan lagi, kemunculan para pereka fesyen yang menghidangkan pelbagai gaya, warna, fesyen pakaian dan perhiasan yang tentunya memikat hati para wanita. Dalam fenomena ini, etika pakaian Islam dan tabarruj tentunya diketepikan secara sengaja atau tidak sengaja oleh sebahagian Muslimah kerana keghairahan mereka dalam mengejar fesyen ‘up-to-date’. Ini bermakna, aspek pakaian patuh Syariah dan isu tabarruj merupakan perkara yang dianggap agak remeh dan kurang penting kepada masyarakat Islam. Walaupun demikian, seharusnya isu ini tidak kekang daripada perbincangan umum kerana ia pada hakikatnya melibatkan hal ehwal Muslimah, yang mana ia bukan sahaja meliputi aspek pakaian dan personaliti, tetapi ia juga merangkumi tingkah laku dan maruah para wanita yang tentunya memberi kesan yang besar kepada nilai-nilai masyarakat. Oleh itu, artikel ini cuba menerokai fenomena pakaian Muslimah yang terkini di Malaysia dan isu-isu tabarruj secara ilmiah dan kritis. Di samping itu, etika pakaian yang disarankan dalam Islam juga diutarakan kepada para Muslimah. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan sahaja dengan menganalisis buku-buku, majalah-majalah dan lain-lain lagi. Hasil kajian mendapati pakaian Muslimah pada zaman kini dilihat bukan lagi satu keperluan untuk menutup aurat semata-mata, tetapi juga untuk berfesyen. Fesyen pakaian dan perhiasan Muslimah yang pelbagai gaya dan rekaan, kadang kala mengheret mereka kepada ketidakpatuhan etika pakaian Syariat dan pada masa yang sama, mereka terjerumus ke dalam budaya tabarruj.

Item Type:Article
Keywords:Tabarruj; Pakaian; Fesyen; Muslimah; Perhiasan
Journal:AKADEMIKA
ID Code:16725
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Jun 2021 03:11
Last Modified:08 Jun 2021 15:16

Repository Staff Only: item control page