Norsaleha Mohd Salleh, and Ahmad Munawar Ismail, and Noor Hafizah Mohd Haridi, and Mohd. Syairawi Mohd. Nor, (2021) Persepsi belia berisiko liberal terhadap agenda liberalisme. AKADEMIKA, 91 (1). pp. 129-138. ISSN 0126-5008
|
PDF
271kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1368
Abstract
Kajian ini bertujuan meninjau pandangan belia berisiko liberal terhadap agenda liberalisme. Liberalisme adalah pemikiran yang lahir daripada falsafah Barat, implikasi daripada penindasan dan kekejaman yang dilakukan gereja atas nama agama dan ketuhanan. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif yang melibatkan temu bual bersama enam orang belia berisiko mempunyai pemikiran liberal. Pemilihan responden dibuat berdasarkan kecenderungan pemikiran dan penulisan mereka dalam media sosial yang dikenal pasti mempunyai risiko berfikiran liberal. Tulisan dan pandangan mereka terhadap isu-isu semasa berkaitan Islam dikupas mengikut pandangan logik tanpa asas agama yang kukuh dan menolak autoriti agama sebagai satu alat penguatkuasaan terhadap umat Islam. Implikasinya lahirlah gaya fikir yang menyimpang daripada wahyu Allah SWT dan pandangan ulama muktabar. Dapatan kajian mendapati belia berisiko ini mempunyai kecenderungan terhadap pemikiran liberal dan mendukung liberalisme sebagai satu pilihan yang betul untuk umat Islam hari ini. Kajian juga menunjukkan faktor yang mendorong mereka berpegang dengan liberalisme disebabkan perasaan trauma dan bimbang terhadap apa yang pernah dilakukan gereja kepada penganut Kristian berulang kembali kepada umat Islam. Prejudis mereka kepada institusi agama sangat tinggi sehingga mendorong mereka menolak institusi agama sebagai badan yang menjaga urusan dan undang-undang umat Islam. Kajian ini diharap dapat membuka ruang perbincangan yang lebih baik dengan kumpulan belia berisiko liberal agar mereka memahami Islam yang sebenar dan menyedari wujudnya perbezaan yang besar antara institusi Islam dan gereja.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Belia; Berisiko; Pemikiran; Liberal; Trauma |
Journal: | AKADEMIKA |
ID Code: | 16727 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 04 Jun 2021 03:23 |
Last Modified: | 08 Jun 2021 15:33 |
Repository Staff Only: item control page