Pemikiran Sisters in Islam dan hak asasi manusia

Indriaty Ismail, and Ahmad Muhyuddin Hj Hassan, (2021) Pemikiran Sisters in Islam dan hak asasi manusia. AKADEMIKA, 91 (1). pp. 151-164. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
356kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1368

Abstract

Sisters in Islam (SIS) adalah satu di antara organisasi feminisme Islam di Malaysia yang memperjuangkan emansipasi wanita. Ia telah dibentuk dalam tahun 1988 dan didaftarkan secara rasmi sebagai sebuah Badan Bukan Kerajaan (Non Governmental Organisation; NGO) pada tahun 1993 di bawah nama SIS Forum (Malaysia) Berhad. Sungguhpun kemunculan SIS boleh dianggap baharu berbanding pertubuhan NGO wanita yang hadir lebih dahulu sebelumnya seperti National Council of Women’s Organizations (NCWO), namun SIS sejak awal kemunculannya lagi telah berjaya menjadi sebuah gerakan feminisme yang paling popular dan terkehadapan di Malaysia. Kajian mengenai perjuangan menegakkan hak-hak asasi manusia berkisar kepada persoalan sejauhmana kefahaman dan komitmen SIS terhadap perjuangan hak-hak manusia ini dalam kerangka perbahasan Islamnya. SIS telah mendakwa sebagai gerakan yang mengkaji, mempromosi dan memperjuangkan hak-hak asasi manusia menurut perspektif Islam. Kajian dilakukan secara kualitatif dan mengguna pakai semua data-data dokumentasi yang diperoleh untuk menghasilkan hasil dapatan kajian yang mantap. Berdasarkan kajian yang mendalam terhadap ideologi perjuangan SIS terhadap Hak Asasi Manusia dan pendirian mereka terhadap ideologi Islam Progresif, artikel ini menyimpulkan terdapat persamaan perjuangan konsep pergerakan SIS dengan asas dan ciri perjuangan Islam Liberal yang sekali gus membuktikan hujah bahawa SIS adalah dari aliran feminisme Islam Liberal. Konklusi ini dibuat berdasarkan sokongan mereka kepada aktiviti organisasi dan komuniti liberal yang berkembang di Malaysia seperti G25, Islamic Renaissance Front (IRF) dan Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia. Kumpulan mereka beranggapan bahawa mereka adalah sebagai penyelamat dan penyelesai masalah wanita dan pihak berautoriti agama dilihat sebagai pihak yang bersalah dan bermasalah.

Item Type:Article
Keywords:Feminisme; Sisters in Islam; Islam progresif; Islam liberal; Hak asasi manusia
Journal:AKADEMIKA
ID Code:16729
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Jun 2021 03:33
Last Modified:08 Jun 2021 15:36

Repository Staff Only: item control page