Pengaruh faktor personaliti pengurus projek dalam projek pembangunan

Nurul Huda Musa, and Azima Abdul Manaf, (2021) Pengaruh faktor personaliti pengurus projek dalam projek pembangunan. AKADEMIKA, 91 (1). pp. 181-194. ISSN 0126-5008

[img]
Preview
PDF
390kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1368

Abstract

Kejayaan projek lazimnya dinilai melalui pencapaian kriteria masa, kos dan skop atau lebih dikenali sebagai iron triangle. Dalam konteks projek pembangunan pula, pencapaian impak projek merupakan kriteria kejayaan projek yang penting di samping pencapaian iron triangle. Pencapaian kriteria kejayaan projek ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang perlu dikenal pasti oleh pihak yang bertanggungjawab dalam menguruskan projek. Dalam hal ini, pengurus projek dilihat mempunyai kapasiti tanggungjawab yang paling besar terhadap kejayaan projek. Oleh itu, pengurus projek perlu memahami konteks projek dengan menyeluruh dalam menentukan pencapaian kejayaan projek. Oleh yang demikian faktor personaliti ditekankan kerana dapat menggambarkan pemahaman dan kecenderungan individu terhadap persekitarannya dengan konsisten. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sejauh mana pengaruh faktor personaliti pengurus projek dalam menentukan kejayaan mengurus sesebuah projek pembangunan. Kajian kuantitatif dijalankan menggunakan kaji selidik personaliti berdasarkan Model Personaliti Lima Faktor dan persepsi terhadap keberkesanan mengurus projek. Kajian dijalankan ke atas keseluruhan pengurus projek yang bertugas di Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri yang berjumlah seramai 80 orang. Hasil kajian dianalisis menggunakan kolerasi Pearson dan regresi linear berganda untuk menjelaskan pengaruh personaliti pengurus projek terhadap keberkesanan mengurus projek. Keputusan kajian mendapati kebersetujuan, keberhemahan,ekstroversi dan keterbukaan mempunyai hubungan yang signifikan dalam mempengaruhi keberkesanan mengurus pengurus projek. Analisis mendapati ekstroversi dan kebersetujuan merupakan faktor yang paling dominan dalam menentukan keberkesanan mengurus projek. Oleh itu, faktor ciri personaliti pengurus projek perlu diberikan penekanan khusus dalam menentukan keberkesanan kejayaan mengurus projek pembangunan.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan projek pembangunan; Kejayaan projek; Pengurus projek; Personaliti; Keberkesanan mengurus projek
Journal:AKADEMIKA
ID Code:16731
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Jun 2021 03:47
Last Modified:08 Jun 2021 15:42

Repository Staff Only: item control page