Pengaruh pemilikan asing ke atas pendedahan maklumat alam sekitar dalam industri sawit di Indonesia

Maizatulakma Abdullah, and Noradiva Hamzah, and Intan Maiza Abd Rahman, (2020) Pengaruh pemilikan asing ke atas pendedahan maklumat alam sekitar dalam industri sawit di Indonesia. Asian Journal of Accounting and Governance, 14 . pp. 1-14. ISSN 2180-3838

[img]
Preview
PDF
256kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/ajac/issue/view/1350

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh pemilikan asing ke atas pendedahan maklumat alam sekitar dalam industri sawit Indonesia. Pelabur asing yang dikaji terbahagi kepada tiga kategori iaitu: (i) pelabur dari negara jiran yang merangkumi Singapura, Malaysia, Thailand dan Brunei, (ii) pelabur dari Kesatuan Eropah, dan (iii) pelabur dari negara-negara lain. Sampel kajian ini terdiri daripada syarikat kelapa sawit yang tersenarai di Bursa Efek Indonesia pada tahun 2013 hingga 2017. Jumlah sampel terdiri daripada 100 pemerhatian syarikat kelapa sawit selama 5 tahun. Pendedahan maklumat alam sekitar diambil menerusi kaedah analisis kandungan dalam laporan tahunan syarikat. Kajian ini menguji hipotesis menerusi ujian analisis data panel. Salah satu sumbangan kajian ini adalah membuktikan bahawa pihak pengurusan syarikat menjalankan strategi pelaporan berbeza apabila berdepan dengan pelabur dalam kategori berbeza. Pihak pengurusan syarikat menjalankan strategi legitimasi apabila berdepan dengan pelabur dari Kesatuan Eropah yang merupakan negara yang paling kuat memberi tekanan ke atas industri sawit. Namun, bertindak mengurangkan pelaporan maklumat tertentu apabila berdepan dengan pelabur dari negara-negara lain. Dapatan kajian ini memberi sumbangan signifikan dalam usaha meningkatkan kelestarian industri sawit menerusi pembuktian kategori pelabur yang mempunyai pengaruh dalam meningkatkan ketelusan pelaporan maklumat dan seterusnya membantu memantau aktiviti syarikat kelapa sawit yang boleh memudaratkan alam sekitar. Dapatan ini juga dijangka berguna dalam membantu penetapan polisi yang berkait dengan pelaburan asing agar industri sawit bukan sahaja mendapat akses kepada sumber modal tetapi juga dapat menangani masalah pencemaran alam.

Item Type:Article
Keywords:Industri sawit; Pemilikan asing; Pendedahan maklumat; Alam sekitar; Indonesia
Journal:Asian Journal of Accounting and Governance
ID Code:16741
Deposited By: ms aida -
Deposited On:04 Jun 2021 07:56
Last Modified:08 Jun 2021 02:42

Repository Staff Only: item control page