Analisis nilai murni dalam manuskrip ‘Hikayat Saerah Dengan Suami’

Eizah Mat Hussain, and Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali, and Zahir Ahmad, (2021) Analisis nilai murni dalam manuskrip ‘Hikayat Saerah Dengan Suami’. International Journal of the Malay World and Civilisation, 9 (2). pp. 15-23. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
238kB

Official URL: https://www.ukm.my/jatma/jilid-9-bil-2/

Abstract

Nilai-nilai murni merupakan satu aspek penting yang perlu ada dalam diri setiap manusia. Nilai-nilai murni adalah satu perlakuan, perangai atau tindakan yang baik sama ada dalam menjalinkan hubungan dengan manusia, alam dan Tuhan. Makalah ini bertujuan meneliti dan menganalisis nilai-nilai murni dalam menjalani kehidupan seorang isteri. Bahan kajian ini menggunakan manuskrip MSS3070 yang berjudul Hikayat Saerah Dengan Suami yang diperoleh dari Perpustakaan Negara Malaysia. Metodologi kajian menggunakan kaedah kualitatif sepenuhnya dengan menggunakan kajian keperpustakaan. Kaedah pertama yang dilakukan dengan mentransliterasikan teks manuskrip tulisan jawi ke rumi dan kemudian data akan dianalisis dengan penekanan kepada nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks. Analisis kajian menggunakan pendekatan moral dalam Teori Pengkaedahan Melayu oleh Hashim Awang. Kajian ini mendapati teks ini menyentuh nilai-nilai murni seorang isteri dari aspek nilai positif. Nilai-nilai murni positif seperti kasih sayang, ketaatan, amanah dalam menjaga harta suami, mendapat keizinan suami sebelum keluar rumah dan adab berbicara. Cerita-cerita tradisional amat mementingkan aspek nilai-nilai murni yang tergambar melalui aksi dan perwatakan watak-watak yang dimasukkan secara langsung melalui cerita bagi memberi pengajaran kepada khalayak pembaca. Hal inilah yang diketengahkan oleh pengarang manuskrip MSS3070.

Item Type:Article
Keywords:Nilai-nilai murni; Moral; Manuskrip
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:16752
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Jun 2021 03:33
Last Modified:10 Jun 2021 15:34

Repository Staff Only: item control page