Ancaman penculikan untuk tebusan di Pantai Timur Sabah

Abdul Rashid Abdul Hamid, and Ramli Dollah, (2021) Ancaman penculikan untuk tebusan di Pantai Timur Sabah. International Journal of the Malay World and Civilisation, 9 (2). pp. 25-36. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
445kB

Official URL: https://www.ukm.my/jatma/jilid-9-bil-2/

Abstract

Ancaman pelanunan di Malaysia khususnya di negeri Sabah bukanlah isu baharu kerana ia dapat ditelusuri sebelum terbentuknya Persekutuan Malaysia. Lanun-lanun yang digeruni ini dikenal pasti aktif melakukan jarahan dan serangan ke atas kapal-kapal pedagang di perairan Laut Sulu, Selat Melaka, Selat Singapura sehingga ke Teluk Bengal. Pembentukan Persekutuan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat pada tahun 1963 yang menggabungkan tiga wilayah iaitu Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bukanlah titik noktah kepada ancaman-ancaman pelanunan ini. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 2000, ancaman yang suatu ketika dahulu hanya dianggap ancaman lanun, kini mulai dilihat berevolusi kepada ancaman berbentuk baharu iaitu ancaman Kidnapping for Ransom (KFR). KFR merupakan tindakan menculik individu atau kumpulan individu yang bermotifkan untuk mendapatkan wang tebusan dan kini kerap berlaku di perairan pantai timur negeri Sabah. Dalam menelusuri evolusi ancaman pelanunan kepada ancaman KFR yang berlaku di negeri Sabah semenjak tahun 2000, perbincangan di dalam makalah ini akan memfokuskan kepada beberapa perkara iaitu pertama, sejarah pelanunan sebelum pembentukan Persekutuan Malaysia; kedua, perkembangan pelanunan selepas pembentukan Persekutuan Malaysia; dan yang terakhir, penulisan turut membincangkan kemunculan ancaman KFR menjelang tahun 2000. Artikel ini berhujah bahawa ancaman pelanunan dan KFR yang dihadapi oleh negeri Sabah menjelang 1980-an majoriti dilakukan oleh Kumpulan Abu Sayyaf (KAS). Apa yang dikenal pasti, kumpulan ini hanya mengubah bentuk serangan yang pada awalnya hanya bersifat serangan dan rompakan ke atas kapal laut mahupun penduduk di kawasan pesisir menjadi serangan yang lebih kompleks dengan kewujudan elemen penculikan untuk dijadikan tebusan. Selain itu, penulisan ini turut berhujah bahawa konflik yang berlaku di negara jiran Filipina merupakan antara indikasi utama yang menyebabkan ancaman pelanunan dan KFR terus berlaku di Sabah sehingga ke hari ini. Bagi menyiapkan makalah ini, penulis menggunakan metode penyelidikan kualitatif dengan pemerolehan data melalui teknik temu bual, kajian lapangan serta kajian kepustakaan yang turut di sokong oleh dokumen-dokumen rasmi daripada kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.

Item Type:Article
Keywords:Pelanunan; Kidnapping for Ransom (KFR); Keselamatan; Pantai Timur Sabah; Malaysia
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:16753
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Jun 2021 03:56
Last Modified:10 Jun 2021 15:36

Repository Staff Only: item control page