Penilaian kemahiran interaksi lisan melalui ujian e-Lisan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB)

Too, Jye Yuin and Hafiza Aseken, and Siti Zahara Sukaimi, (2021) Penilaian kemahiran interaksi lisan melalui ujian e-Lisan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB). International Journal of the Malay World and Civilisation, 9 (2). pp. 51-58. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
874kB

Official URL: https://www.ukm.my/jatma/jilid-9-bil-2/

Abstract

Kertas kerja ini mengongsi dapatan utama penggunaan ujian lisan untuk menilai kemahiran interaksi lisan di peringkat primari di sekolah-sekolah Singapura. Ujian lisan tersebut tertumpu pada komponen perbualan, iaitu komponen yang memerlukan kedua-dua pemeriksa dan murid melibatkan diri dalam perbualan interaktif. Ujian lisan tersebut turut memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dengan menggunakan klip video pendek sebagai rangsangan. Reka bentuk dan kriteria penilaian ujian e-Lisan telah diteliti untuk memastikan adanya penjajaran dengan konstruk interaksi lisan. Ujian lapangan telah dijalankan terlebih dahulu untuk mengenal pasti kebolehcapaian ujian e-Lisan serta kebolehbandingannya dengan ujian lisan yang sedia ada, iaitu ujian yang menggunakan gambar sebagai rangsangan. Sesi-sesi latihan turut dijalankan untuk memastikan kedua-dua pemeriksa dan murid terbiasa dengan format ujian e-Lisan. Maklum balas daripada murid-murid dan guru-guru dikumpulkan untuk menilai kesan dan impak ujian e-Lisan berasaskan komputer serta kesediaan murid-murid menjalani dan guru-guru menjalankan ujian e-Lisan berasaskan komputer. Pada umumnya, murid-murid dan guru-guru melaporkan bahawa mereka meraih pengalaman yang positif.

Item Type:Article
Keywords:Ujian lisan; Kemahiran interaksi lisan; Video sebagai rangsangan; e-Lisan; Sesi latihan
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:16755
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Jun 2021 04:09
Last Modified:10 Jun 2021 15:39

Repository Staff Only: item control page