Fungsi makanan dalam interaksi sosial masyarakat Melayu: satu kajian teks cerita rakyat

Suhaini Md Noor, and Mohd Faizal Musa, (2021) Fungsi makanan dalam interaksi sosial masyarakat Melayu: satu kajian teks cerita rakyat. International Journal of the Malay World and Civilisation, 9 (2). pp. 59-67. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
289kB

Official URL: https://www.ukm.my/jatma/jilid-9-bil-2/

Abstract

Masyarakat Melayu kaya dengan kepelbagaian makanan tradisionalnya yang tersendiri. Menerusi makanan, latar belakang masyarakat dapat dikenal pasti termasuklah keunikan budaya sesebuah kelompok termasuk cara mereka berinteraksi dalam system sosial dapat difahami dengan lebih baik. Kajian ini dijalankan bagi melihat jenis makanan yang tercatat dalam cerita rakyat terpilih iaitu Musang berjanggut. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis teks dalam mengintepretasi teks sebagai pernyataan yang menjelaskan keadaan dan menyediakan panduan dalam mengenal pasti makanan dan fungsi makanan dalam interaksi masyarakat Melayu di pelbagai peringkat. Hasil kajian mendapati 29 jenis makanan yang tersurat dalam teks Musang Berjanggut menghuraikan tentang kekayaan makna simbol makanan dan keunikan fungsi makanan dalam dunia gastronomi Melayu. Fungsi makanan juga dimanfaatkan dalam menjelaskan kedudukan sosial masyarakat, status ekonomi, interaksi sosial dalam kalangan masyarakat Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Gastronomi; Makanan; Interaksi sosial; Cerita rakyat
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:16756
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Jun 2021 04:16
Last Modified:10 Jun 2021 15:40

Repository Staff Only: item control page