Peranan bahasa dalam pembinaan negara bangsa di Malaysia dan Indonesia

Nazri Muslim, and Rosadi, Otong (2021) Peranan bahasa dalam pembinaan negara bangsa di Malaysia dan Indonesia. International Journal of the Malay World and Civilisation, 9 (2). pp. 79-89. ISSN 2289-1706

[img]
Preview
PDF
282kB

Official URL: https://www.ukm.my/jatma/jilid-9-bil-2/

Abstract

Agenda pembinaan negara bangsa sangat relevan dan mendesak bagi Malaysia dan Indonesia untuk menangani pelbagai cabaran yang berlaku khususnya dari perspektif kepelbagaian budaya, bahasa, etnik dan agama. Pembinaan negara bangsa bermula dengan kewujudan bangsa dan bangsa tersebut melahirkan sebuah negara. Negara bangsa didefinisikan sebagai pembentukan negara berasaskan kepada proses penyatuan bangsa yang diperkuatkan dengan persempadanan wilayah tertentu dalam pembentukan identity sebuah wilayah. Malaysia dan Indonesia yang mempunyai masyarakat pelbagai etnik telah menempuh cabaran dalam proses pembinaan negara bangsa yang melibatkan bahasa, agama, globalisasi, isu-isu perlembagaan dan lain-lain. Artikel ini akan menganalisis peranan bahasa khususnya bahasa Melayu dan bahasa Indonesia sebagai antara elemen utama dalam pembinaan negara bangsa di Malaysia dan di Indonesia. Kajian ini menujukkan bahawa pembinaan negara bangsa memerlukan penyertaan menyeluruh daripada setiap anggota masyarakat dan jentera kerajaan. Semua pihak perlu memahami, menghayati dan mengaplikasikan konsep pembinaan negara bangsa dalam menghasilkan proses pembinaan negara yang lebih kemas dan kukuh. Satu nilai yang dikongsi bersama perlu diwujudkan dan dihargai oleh seluruh warganegara Malaysia. Kajian ini menyimpulkan bahawa kunci kepada kejayaan Malaysia dalam perkara ini adalah pelaksanaan dalam aspek perpaduan dalam kepelbagaian dan perpaduan yang lahir dalam kepelbagaian.

Item Type:Article
Keywords:Negara bangsa; Bahasa Indonesia; Bahasa Melayu; Perlembagaan; Etnik
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:16758
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Jun 2021 04:29
Last Modified:10 Jun 2021 15:43

Repository Staff Only: item control page