Sharwinthiran Thavarajah, and Anida Sarudin, and Zulkifli Osman, and Husna Faredza Mohamed Redzwan, and Wiwiek Afifah, and Mohd Amir Mohd Zahari, (2021) Pentaksiran analitik dan holistik elemen kemahiran berfikir aras tinggi dalam penulisan berdasarkan Teori Metafora Konsepsi. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 11 (1). pp. 1-15. ISSN 2180-4842
|
PDF
700kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...
Abstract
Penerapan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu dapat menggalakkan murid untuk memperoleh maklumat yang baharu, menyimpan, menyusun serta mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada, di samping menghuraikan maklumat itu berdasarkan idea dan kreativiti masing-masing dalam penghasilan nukilan yang berproduktif. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pentaksiran secara analitik dan holistik elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam penulisan berdasarkan Teori Metafora Konsepsi. Pemahaman elemen KBAT menerusi Teori Metafora Konsepsi dalam penulisan dapat memberi gambaran yang baharu dalam meneliti idea penulisan secara lebih eksplisit terutamanya dalam bahagian pendahuluan karangan jenis perbincangan. Kajian ini menggunakan Teori Metafora Konsepsi menerusi bidang Semantik Kognitif yang diperkenalkan oleh Lakoff & Johnson. Teori ini menggagaskan proses pemetaan yang abstrak kepada konkrit, di samping mewajarkan proses metonimi yang terhasil menerusi pemetaan metafora konsepsi tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen. Sebanyak dua sampel pendahuluan karangan murid Tingkatan 4 telah dipilih secara rawak bagi meneliti idea KBAT menerusi Teori Metafora Konsepsi. Metodologi penganalisisan data menggunakan instrumen senarai semak dibina berdasarkan prinsip dalam Teori Metafora Konsepsi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penelitian idea KBAT dalam mengkonstruk bahagian pendahuluan sesebuah karangan melibatkan pelbagai jenis metafora konsepsi seperti metafora ontologi dan metafora struktural. Penerapan elemen KBAT menerusi pentaksiran secara analitik dan holistik dalam proses PdP dapat dihayati dari perspektif interdisiplin, iaitu dalam bidang pendidikan dan bidang semantik secara tidak langsung. Kajian ini juga dapat mengesan idea pemikiran murid secara yang lebih bersifat kritis dan inovatif dalam penghasilan nukilan yang mantap.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | KBAT; Pentaksiran analitik dan holistik; PdP; Metafora konsepsi; Penulisan |
Journal: | Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ) |
ID Code: | 16759 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Jun 2021 06:22 |
Last Modified: | 10 Jun 2021 15:52 |
Repository Staff Only: item control page