Sikap dan motivasi murid sekolah rendah terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Irma Mahad, and Ugartini Magesvaran, and Intan Nur Syuhada Hamzah, (2021) Sikap dan motivasi murid sekolah rendah terhadap pembelajaran bahasa Melayu dalam talian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 11 (1). pp. 16-28. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia kini telah merubah situasi semasa, terutamanya sektor pendidikan. Pembelajaran secara fizikal terpaksa bertukar kepada pembelajaran secara dalam talian disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) secara dalam talian telah menggantikan pembelajaran secara bersemuka. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap dan motivasi murid sekolah rendah terhadap pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian sepanjang tempoh PKP. Seramai 110 orang murid Tahun 5 di sebuah sekolah kebangsaan di Batu Berendam, Melaka telah dipilih sebagai responden menggunakan kaedah persampelan rawak bertujuan. Kajian menggunakan instrumen soal selidik yang mengandungi 20 item dan terbahagi kepada dua konstruk, iaitu sikap dan motivasi. Statistik deskritiptif dan inferensi digunakan untuk menganalisis data soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid sekolah rendah mempunyai sikap yang positif dan motivasi yang tinggi terhadap pembelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian semasa tempoh PKP. Hasil dapatan juga mendapati faktor jantina dan sosioekonomi keluarga tidak mempengaruhi sikap dan motivasi murid-murid untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu secara dalam talian.

Item Type:Article
Keywords:Covid-19; Pembelajaran dalam talian; Sikap murid; Motivasi murid
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:16760
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Jun 2021 06:29
Last Modified:10 Jun 2021 15:53

Repository Staff Only: item control page