Kesan manipulasi arahan terhadap kreativiti murid tahun lima dalam menghasilkan produk daripada peribahasa Melayu

Ruzita Saidin, and Siti Saniah Abu Bakar, and Makmur Harun, (2021) Kesan manipulasi arahan terhadap kreativiti murid tahun lima dalam menghasilkan produk daripada peribahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 11 (1). pp. 29-39. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
803kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membandingkan tahap kreativiti murid tahun lima yang menghasilkan produk daripada peribahasa Melayu. Kreativiti ialah harapan masa hadapan, namun berdepan dengan isu penyampaian pengajaran dan kefahaman guru yang tidak seimbang dengan keperluan terhadap kreativiti. Pengukuran kreativiti yang pelbagai menambah konflik kepada pelaksanaan pedagogi kreatif. Kajian ini menjalankan eksperimen terhadap aktiviti kreatif dan pengukurannya. Kaedah eksperimen dijalankan menggunakan ujian pasca dan data dianalisis secara kuantitatif. Seramai 90 orang murid Tahun 5 dari tiga buah sekolah di Hulu Selangor yang sama ciri dan kategori dipilih melalui pemilihan rawak dua peringkat sebagai sampel kajian. Sampel dibahagikan kepada tiga kumpulan: 1. Arahan Standard (AS), 2. Arahan Kreatif (AK) dan 3. Arahan Kreatif Terperinci (AKT). Produk peribahasa yang dihasilkan dinilai oleh tiga orang penilai secara pengadilan subjektif menggunakan teori implisit dengan lima skala Likert. Min tertinggi bagi skor kreativiti adalah bagi kumpulan AKT (M=26.75, SP=3.31) diikuti dengan kumpulan AK (M=23.53, SP=4.62) dan seterusnya kumpulan AS (M=19.98, SP=3.54). Terdapat perbezaan skor yang signifikan antara tiga kumpulan ini dengan nilai F=23.015, (p<.05). Terdapat hubungan yang kukuh antara manipulasi arahan dengan tahap kreativiti murid dengan pekali r=.597, sig.=.00 (p<.05). Untuk menjana kreativiti ke tahap terbaik, murid-murid di usia lingkungan 10 hingga 11 tahun memerlukan arahan dengan petunjuk kreatif dan contoh yang jelas selaras dengan Teori Perkembangan Kognitif oleh Jean Piaget. Kajian ini telah memberi sumbangan yang signifikan kepada usaha pengukuhan teori dan literatur mengenai pedagogi kreatif. Aktiviti kreatif artistik berpotensi sebagai nilai tambah kepada aktiviti sedia ada. Penggunaan teori implisit untuk mengukur kreativiti mempunyai kebolehpercayaan yang baik boleh diaplikasikan dalam PdPc.

Item Type:Article
Keywords:Pedagogi kreatif; Kreativiti murid; Produk peribahasa; Penilaian subjektif; Teori implisit
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:16761
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Jun 2021 06:35
Last Modified:10 Jun 2021 16:00

Repository Staff Only: item control page