Atika Hassan, and Duli Kamit, and Evelyn Bangkang Jawi, (2021) Faktor-faktor yang mempengaruhi pertukaran kod dalam pengajaran guru bahasa Melayu sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 11 (1). pp. 40-56. ISSN 2180-4842
|
PDF
767kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...
Abstract
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk meneroka pertukaran kod dan faktor-faktor yang mempengaruhi pertukaran kod guru Bahasa Melayu sekolah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP). Untuk itu, seramai tiga orang guru bahasa Melayu bukan penutur natif yang berpengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dijadikan responden kajian. Ketiga-tiga peserta kajian ini mengajar di sebuah sekolah rendah pedalaman di daerah Song Sarawak. Kaedah temu bual digunakan sebagai instrumen utama dalam pengumpulan data. Data temu bual dianalisis secara manual dengan mencari tema-tema berkaitan dengan objektif kajian. Untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan tema yang ditemui, seorang pakar dipilih untuk menentusahkan tema-tema tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa berlakunya banyak pertukaran kod dalam kalangan guru bahasa Melayu dalam PdP mereka. Pertukaran kod tersebut berlaku apabila kesemua peserta kajian ingin membuat penjelasan terhadap isi pelajaran yang tidak difahami oleh murid-murid Iban. Pertukaran bahasa Melayu ke bahasa ibunda (bahasa pertama-B1) murid iaitu, bahasa Iban berlaku apabila murid tidak memahami perkara yang dipelajari dalam bahasa Melayu (bahasa kedua-B2). Selain itu, faktor kurangnya kosa kata atau perbendaharaan kata bahasa Melayu dalam kalangan murid, sikap guru yang tidak tegas dan tidak mempunyai semangat yang tinggi terhadap pengajaran bahasa Melayu, komunikasi guru dan murid di dalam bilik darjah yang sudah terbiasa menggunakan bahasa Iban (B1) berbanding bahasa Melayu (B2) dan sikap dan minat murid yang kurang memberangsangkan terhadap penggunaan bahasa Melayu antara faktor penyumbang berlakunya pertukaran kod dalam PdP bahasa Melayu. Implikasi kajian ini ialah pertukaran kod yang kerap dilakukan oleh guru bahasa Melayu boleh memberi kesan negatif kepada penguasaan kemahiran bahasa Melayu murid-murid Iban.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pertukaran kod; Guru bahasa Melayu; Murid sekolah rendah; Bahasa pertama; Bahasa kedua |
Journal: | Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ) |
ID Code: | 16762 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 08 Jun 2021 06:42 |
Last Modified: | 10 Jun 2021 16:02 |
Repository Staff Only: item control page