Kaedah pengajaran dalam talian guru bahasa Melayu dan motivasi murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Lau, Fenny Yeo Feng and Kee, Guek Fen and Khoo, Phau Liang and Lee, Huoy Shin (2021) Kaedah pengajaran dalam talian guru bahasa Melayu dan motivasi murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 11 (1). pp. 57-74. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
701kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia untuk membendung penularan COVID-19 telah merancakkan perkembangan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdP) dalam talian. Kajian ini bertujuan meneroka kaedah PdP guru Bahasa Melayu dalam talian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sepanjang tempoh PKP. Dalam masa yang sama, kajian ini turut meninjau motivasi belajar murid dari aspek kehadiran, penglibatan dalam PdP dan penghantaran tugasan. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif. Seramai tiga orang guru Bahasa Melayu dipilih sebagai peserta kajian dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan. Data dikumpulkan melalui kaedah temu bual dan analisis dokumen. Data temu bual ditranskripsikan dan dianalisis secara bertema dan seterusnya ditriangulasikan dengan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kaedah Projek, Kaedah Penyelesaian Masalah, Kaedah Perbincangan dan Kaedah Latih Tubi merupakan kaedah PdP Bahasa Melayu dalam talian yang banyak digunakan oleh tiga orang peserta kajian. Dari aspek motivasi murid pula, kajian menunjukkan kehadiran, penglibatan dalam PdP dan penghantaran tugasan adalah memuaskan. Hasil dapatan kajian ini penting khususnya kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), guru-guru Bahasa Melayu dan penyelidik untuk memperkasakan pedagogi Bahasa Melayu dalam talian. Turut dicadangkan kajian lanjut dijalankan untuk meneroka kaedah PdP Bahasa Melayu dalam talian dan motivasi murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Kebangsaan (SK) sepanjang tempoh PKP.

Item Type:Article
Keywords:Kaedah PDP dalam talian; Guru Bahasa Melayu; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina; Motivasi belajar murid
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:16763
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Jun 2021 06:50
Last Modified:10 Jun 2021 16:11

Repository Staff Only: item control page