Tahap pengetahuan dan kesediaan guru bahasa Melayu dalam melaksanakan pendekatan terbeza dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Ain Nur Atika Agus, (2021) Tahap pengetahuan dan kesediaan guru bahasa Melayu dalam melaksanakan pendekatan terbeza dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ), 11 (1). pp. 75-87. ISSN 2180-4842

[img]
Preview
PDF
748kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/issue/view/...

Abstract

Pendekatan terbeza merupakan kaedah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mampu meningkatkan pencapaian dan pengetahuan murid. Akibat daripada penularan wabak pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia, semua guru termasuk Bahasa Melayu tidak dapat melaksanakan PdP secara bersemuka dengan murid di sekolah. Oleh sebab itu, KPM telah membekalkan manual pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) kepada semua guru supaya PdP tetap dilaksanakan. Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti tahap pengetahuan dan kesediaan guru Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan pendekatan terbeza dalam PdPR sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kajian kuantitatif deskriptif ini dijalankan dengan penglibatan seramai 70 orang guru bahasa Melayu dari 10 buah sekolah menengah yang terletak di daerah Kemaman, Terengganu. Satu kajian rintis telah dijalankan terhadap 20 orang guru Bahasa Melayu yang tidak terlibat dalam kajian sebenar bagi menilai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan 20 item soal selidik menunjukkan nilai yang sangat tinggi, iaitu alpha Cronbach = 0.973. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 25.0. Dapatan kajian menunjukkan guru mempunyai pengetahuan yang tinggi (min 3.82) dan bersedia untuk melaksanakan pendekatan terbeza dalam PdPR (min 3.96). Implikasi kajian ialah guru Bahasa Melayu perlu untuk lebih bersedia dan sentiasa berusaha untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam amalan pengajaran mereka dalam PdPR sepanjang tempoh PKP.

Item Type:Article
Keywords:Tahap pengetahuan; Tahap kesediaan; Guru Bahasa Melayu; Pendekatan terbeza; Pengajaran dan pembelajaran di rumah
Journal:Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu ; Malay Language Education (MyLEJ)
ID Code:16764
Deposited By: ms aida -
Deposited On:08 Jun 2021 06:56
Last Modified:10 Jun 2021 16:12

Repository Staff Only: item control page