Hubungan antara konflik dan tingkah laku buli dalam unit kerja: peranan kepercayaan sebagai pengantara

Sharul Azlan Maulod, and Rasidah Arshad, and Ida Rosnita Ismail, (2020) Hubungan antara konflik dan tingkah laku buli dalam unit kerja: peranan kepercayaan sebagai pengantara. Jurnal Pengurusan, 59 . pp. 1-11. ISSN 0127-2713

[img]
Preview
PDF
246kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/pengurusan/issue/view/1328

Abstract

Tingkah laku buli di tempat kerja didapati memberi kesan negatif bukan sahaja kepada pekerja, tetapi juga kepada organisasi secara keseluruhan. Dapatan kajian lepas menunjukkan anteseden atau punca yang mempengaruhi tingkah laku buli di tempat kerja adalah terdiri daripada faktor individu dan faktor situasi yang berkaitan dengan organisasi. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan antara konflik (sebagai faktor peramal) dengan tingkah laku buli di tempat kerja. Secara khususnya, kajian ini menghipotesiskan wujudnya hubungan langsung antara konflik dalam kalangan ahli unit kerja dengan tingkah laku buli, dan hubungan tidak langsung menerusi kepercayaan antara sesama ahli. Kesahan model pengukuran dan hipotesis diuji menggunakan teknik statistik Model Persamaan Berstruktur (SEM) dengan menggunakan data yang dikumpulkan daripada 480 orang penjawat awam yang bekerja dalam 90 unit kerja di dalam sebuah organisasi besar di Malaysia. Selaras dengan Teori Pengekalan Sumber, dapatan kajian ini menunjukkan wujudnya hubungan langsung yang signifikan antara konflik dengan tingkah laku buli dalam kalangan ahli unit kerja, dan hubungan tidak langsung menerusi kepercayaan sebagai pemboleh ubah pengantara. Dapatan kajian ini menyumbang kepada literatur tingkah laku tidak produktif secara amnya dan literatur buli secara khususnya dengan membuktikan kepentingan peranan konflik dan kepercayaan dalam meramal tingkah laku buli dalam unit kerja.

Item Type:Article
Keywords:Tingkah laku buli; Unit kerja; Kepercayaan; Konflik; Teori Pengekalan Sumber
Journal:Jurnal Pengurusan
ID Code:16771
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jun 2021 02:43
Last Modified:14 Jun 2021 03:52

Repository Staff Only: item control page