Kritikan sosial dalam skrip monodrama Menunggu Lampu Hijau karya Hatta Azad Khan

Nur Farzana Amali, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2020) Kritikan sosial dalam skrip monodrama Menunggu Lampu Hijau karya Hatta Azad Khan. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (3). pp. 1-11. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
349kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/15

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis kritikan sosial dalam skrip monodrama Menunggu Lampu Hijau. Karya ini telah dihasilkan oleh Hatta Azad Khan pada tahun 2015. Tema utama karya skrip ini adalah tentang poligami dalam kalangan masyarakat Melayu. Kritikan sosial masyarakat dalam karya seni merupakan salah satu cara dimana seorang pengarang membuat penelitian terhadap sosial kehidupan masyarakat dari persektif sebagai pengarang. Begitu juga dalam kajian ini, objektif atau fokus utamannya adalah bagi mengenal pasti beberapa kritikan sosial masyarakat yang cuba diketengahkan pengarang melalui skrip monodrama Menunggu Lampu Hijau. Kajian ini hanya menggunakan kaedah kualitatif semata-mata. Oleh demikian hasil dapatan adalah terdapat beberapa kritikan yang dapat ditonjolkan seperti kritikan terhadap masyarakat yang menyalahgunakan poligami, kritikan terhadap lelaki yang tidak bertanggungjawab, kritikan terhadap wanita bekerjaya yang tidak jalankan tanggungjawab dalam rumahtangga, kritikan terhadap masyarakat yang memandang serong kepada golongan ibu tunggal atau janda, kritikan terhadap masyarakat yang tidak menitikberatkan agama dalam kehidupan dan kritikan terhadap masyarakat yang sering mencampuri hal orang lain. Secara amnya kesemua kritikan sosial terhadap masyarakat yang dibincangkan dalam kajian ini pada asasnya adalah berlandaskan daripada teori sosiologi sastera.

Item Type:Article
Keywords:Kritikan sosial; Masyarakat Melayu; Kritikan drama; Poligami; Monodrama
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16777
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jun 2021 04:48
Last Modified:14 Jun 2021 04:17

Repository Staff Only: item control page