Maizatul Najwa Abu Bakar, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2020) Semiotik dalam skrip monodrama Menunggu Lampu Hijau karya Hatta Azad Khan. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (3). pp. 1-10. ISSN 2600-9501
|
PDF
165kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/15
Abstract
Menunggu Lampu Hijau karya Hatta Azad Khan mengisahkan tentang kehidupan poligami oleh seorang lelaki yang beristeri empat. Terdapat banyak unsur perlambangan dan simbolisme pada watak dan struktur gaya bahasa yang digunakan dalam skrip monodrama ini. Sehubungan dengan itu, simbolisme pada watak dan gaya bahasa yang terdapat dalam skrip monodrama ini menjadi fokus perbincangan artikel ini. Oleh itu, skrip monodrama Menunggu Lampu Hijau adalah bahan utama kajian ini. Objektif utama artikel ini adalah meneliti konsep dan keberkesanan pengaplikasian semiotik pada watak serta struktur gaya bahasa dalam skrip monodrama ini. Data bagi artikel ini diperolehi daripada rekabentuk kajian kualitatif. Dapatan artikel ini adalah, terdapat simbolisme dan perlambangan yang diterapkan oleh pengarang pada watak dan juga pada gaya bahasa yang digunakan seperti alusi, personifikasi, alegori, metafora dan hiperbola. Dalam konteks karya sastera, poligami digambarkan dalam bentuk simbolik yang dimanifestasikan melalui watak utama dalam naskhah ini. Tidak hanya pada watak utama, simbolik poligami ini turut dimanifestasikan terhadap watak sampingan dalam monodrama ini. Seterusnya, pengarang menggunakan struktur gaya bahasa perlambangan dalam mengangkat positifnya perkahwinan poligami. Kesimpulannya, pengarang menggunakan simbolisme dan perlambangan dalam mengutarakan isu sensitif kepada pembaca.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kritikan sastera; Drama Melayu; Monodrama; Semiotik; Hatta Azad Khan |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 16778 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 09 Jun 2021 04:55 |
Last Modified: | 14 Jun 2021 04:19 |
Repository Staff Only: item control page