Naratologi dan genre seram dalam karya Tok Awang Ngah

Che Ahmad Firdaus Mat Zin, and Mawar Safei, (2020) Naratologi dan genre seram dalam karya Tok Awang Ngah. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (3). pp. 1-12. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
366kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/15

Abstract

Dharmala N.S sebagai penulis cerpen turut menghasilkan karya genre seram khasnya dalam dekad 80-an dan 90-an dengan nama samaran Tok Awang Ngah. Genre seram sebelum ini bergerak dari khazanah cerita lisan kesusasteraan Melayu tradisional. Antara cerita seram yang digubah Tok Awang Ngah dan ditumpukan dalam kajian ini ialah Berkelahi dengan Syaitan (1986), Berlawan dengan Syaitan (1996), Pengasih Minyak Cenuai (1997), Gadis Dinodai Jin (1986) dan Godaan Syaitan (1992). Metodologi yang digunakan untuk analisis adalah melalui kajian kepustakaan. Rungkaian genre seram ini bertujuan untuk meneliti teknik dan strategi naratif yang digunakan Tok Awang Ngah sehingga karya berkenaan dikelompokkan sebagai genre seram. Teknik yang dimaksudkan melibatkan plot, gaya bahasa, latar, sudut pandangan dan watak perwatakan. Menerusi kerangka naratologi yang diajukan Mieke Bal, segala teknik ini dilanjutkan dalam perbincangan strategi naratif. Penemuan kajian ini dapat mengenalpasti teknik dan strategi naratif yang digunakan Tok Awang Ngah dalam berkarya. Antara strategi naratifnya adalah menerusi plot yang kronologi, menggunakan dua sudut pandangan, memanfaatkan bahasa asing, latar alam ghaib dan watak pengamal perubatan tradisional. Implikasi kajian ini dapat mengimbangkan tanggapan umum terhadap genre cerita seram yang selama ini rata-rata diterima sebagai picisan dan popular. Karya Tok Awang Ngah dapat memperjelas genre ini khususnya dalam konteks kesusasteraan Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Naratologi; Genre seram; Sastera Melayu; Tok Awang Ngah; Dharmala N.S.
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16779
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jun 2021 05:01
Last Modified:14 Jun 2021 04:20

Repository Staff Only: item control page