Penerimaan stereotaip budaya melalui tontonan filem vernakular oleh mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia

Nordeliyana Darwes, and Badrul Redzuan Abu Hassan, (2020) Penerimaan stereotaip budaya melalui tontonan filem vernakular oleh mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (3). pp. 1-13. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
270kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/15

Abstract

Budaya merupakan salah satu elemen yang dikongsi dalam masyarakat. Masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia telah melahirkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan dalam kehidupan seharian. Filem merupakan salah satu medium yang digunakan untuk menyampaikan mesej dan hiburan kepada khalayak. Penerbitan filem-filem vernakular yang semakin meningkat menyeru pengkaji untuk mengkaji bagaimana penerimaan elemen-elemen budaya serta stereotaip yang diolah kedalam filem The Kid from The Big Apple oleh mahasiswa/i di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pendekatan Teori Analisis Resepsi Sastera yang dibangunkan oleh Stuart Hall pada tahun 1973 digunakan bagi melihat bagaimana khalayak membuat andaian dan penerimaan mereka terhadap elemen budaya dan stereotaip tersebut. Dua kaedah kajian digunakan iaitu analisis kandungan untuk mengkaji elemen-elemen budaya yang diolah kedalam filem melalui analisis pembingkaian dan kaedah temu bual kumpulan fokus yang terdiri daripada tiga etnik yang berbeza iaitu Melayu, Cina dan India untuk melihat penerimaan khalayak terhadap elemen-elemen serta stereotaip tersebut. kaedah ini juga digunakan untuk mendapatkan pandangan serta cadangan terhadap filem vernakular pada masa hadapan. Kajian ini mendapati bahawa terdapat lebih daripada 10 elemen budaya yang diolah kedalam filem tersebut dan beberapa daripadanya adalah stereotaip yang wujud terhadap kaum Cina di negara ini. Hasil kajian juga mendapati penerimaan yang positif daripada khalayak terhadap elemen serta stereotaip budaya tersebut. Pengolahan elemen budaya kedalam filem vernakular perlu diteruskan pada penerbitan filem vernakular pada masa hadapan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat tentang perbezaan yang perlu dihormati dan kebersamaan yang perlu dirai. Hasil kajian ini memberikan gambaran tentang stereotaip budaya yang masih diamalkan pada zaman moden ini dan kewajaran kajian ini dikaji kerana masyarakat kini kurang mengambil endah terhadap budaya etnik lain dan berkecenderungan untuk membina stereotaip negatif yang akan memecahbelahkan perpaduan masyarakat dinegara ini. Kesimpulannya, pendedahan kepada masyarakat tentang kebudayaan dan stereotaip yang wujud ini perlu diberi, dirungkai dan diberi penjelasan supaya masyarakat kini khususnya yang berlainan budaya dapat memahami dan mewujudkan suasana harmoni dan bertoleransi antara satu sama lain.

Item Type:Article
Keywords:Budaya; Filem vernakular; Stereotaip; Toleransi; Ideologi
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16781
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jun 2021 06:39
Last Modified:14 Jun 2021 04:26

Repository Staff Only: item control page