Farzana Adnan, and Suziana Mad Saad, (2020) Analisis wacana kritis bahasa dan kuasa: kepimpinan dan permuafakatan. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (3). pp. 1-18. ISSN 2600-9501
|
PDF
445kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/15
Abstract
Bahasa bukan sahaja dilihat sebagai sebuah komunikasi malahan pengaruh yang dibawanya. Makalah ini meneliti tentang bagaimanakah wacana ucapan menjadi penghubung antara dua buah parti besar di Malaysia iaitu UMNO dan PAS bagi membentuk sebuah permuafakatan. Di samping itu, penulisan ini dilaksanakan adalah untuk melihat sejauhmanakah sebuah wacana dapat membentuk penyatuan dan meraih kepercayaan dalam kalangan pendengarnya. Penelitian dilakukan berlandaskan analisis wacana kritis iaitu kerangka yang dapat membantu menghuraikan dan memahami penggunaan bahasa dalam sesebuah wacana. Kaedah deskriptif kualitatif bagi menganalisis data. Data yang digunakan adalah teks ucapan yang disampaikan oleh Presiden Parti UMNO Yang Behormat Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan oleh Presiden Parti PAS iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi Bin Awang semasa berlangsungnya Himpunan Penyatuan Ummah UMNO-PAS. Kajian analisis wacana dijalankan dengan melihat kepada dua bentuk dimensi iaitu sifat kewacanaan dan ciri tekstual melalui analisis linguistik. Kajian dimensi kewacanaan memaparkan struktur generik teks pengucapan yang memperlihatkan orientasi dan sifat kepimpinan pemimpin UMNO dan PAS. Seterusnya, kajian turut melibatkan ciri-ciri tekstual yang diberikan penekanan dan pemerhatian terhadap proses leksikalisasi bagi melihat unsur-unsur yang tersirat dan tersurat yang terkandung dalam sesebuah wacana.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Bahasa; Wacana; Analisis wacana kritis; Kepimpinan; Permuafakatan |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 16786 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 09 Jun 2021 07:27 |
Last Modified: | 14 Jun 2021 06:32 |
Repository Staff Only: item control page