Pengaruh faktor motivasi terhadap prestasi kerja

Nazrin Zulkafli, and Maizatul Haizan Mahbob, (2020) Pengaruh faktor motivasi terhadap prestasi kerja. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (3). pp. 1-11. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
302kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/15

Abstract

Bagi menganalisis pengaruh faktor motivasi intrinsik terhadap prestasi kerja, kajian ini telah menggariskan beberapa objektif iaitu untuk mengkaji pengaruh faktor motivasi dari aspek pencapaian ke atas prestasi kerja, mengkaji pengaruh faktor motivasi dari aspek pengiktirafan ke atas prestasi kerja dan juga mengkaji pengaruh faktor motivasi dari aspek peningkatan diri ke atas prestasi kerja. Pemboleh ubah bebas dalam kajian ini ialah faktor motivasi intrinsik yang terdiri daripada aspek pencapaian, pengiktirafan dan juga peningkatan diri. Manakala bagi pemboleh ubah bersandar ialah prestasi kerja. Bagi mencapai kesemua objektif tersebut, kaedah survei dijalankan ke atas kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek pencapaian memberi pengaruh signifikan yang paling besar terhadap prestasi kerja. Ini diikuti faktor peningkatan diri. Bagaimanapun faktor pengiktirafan tidak mempengaruhi prestasi kerja. Implikasi kajian kepada teori menunjukkan bahawa Teori Dua Faktor Herzberg iaitu faktor motivator masih lagi relevan kerana setiap pekerja memerlukan faktor tersebut untuk memastikan prestasi mereka berada dalam keadaan yang baik di sepanjang tempoh mereka bekerja.

Item Type:Article
Keywords:Motivasi kerja; Prestasi kerja; Faktor pencapaian; Faktor pengiktirafan; Faktor peningkatan diri
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16787
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jun 2021 07:44
Last Modified:14 Jun 2021 06:34

Repository Staff Only: item control page