Nur Emieza Saleh, and Abdul Latif Ahmad, (2020) Cabaran dan pengalaman adaptasi antarabudaya dalam kalangan pelajar mobiliti Asean. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (3). pp. 1-8. ISSN 2600-9501
|
PDF
466kB |
Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/15
Abstract
Kajian ini adalah bagi mengkaji cabaran dan pengalaman adaptasi antarabudaya dalam kalangan pelajar mobiliti ASEAN di UKM, pengkaji telah menggariskan beberapa objektif kajian, iaitu untuk mengkaji kemampuan pelajar mobiliti ASEAN dalam mengadaptasi budaya dan kehidupan seharian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan menganalisis persepsi dan penerimaan pelajar mobiliti ASEAN terhadap budaya masyarakat Malaysia. Teori yang diaplikasikan bagi kajian ini ialah Model Keluk-U yang mengetengahkan empat (4) fasa iaitu bulan madu, kejutan budaya, pemulihan pelarasan. Kaedah perbincangan kumpulan fokus telah digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab objektif kajian ini. Implikasi kajian kepada model ini menunjukkan proses dinamik yang sejajar dengan proses pengadaptasian dan negara yang dilawati juga memainkan peranan dalam proses ini. Kajian ini telah menunjukan bahawa pengalaman antarabudaya mampu memberikan kesan yang positif kepada individu yang melaluinya dalam masa yang singkat sungguhpun menghadapi pelbagai cabaran.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Cabaran; Pengalaman; Adaptasi antarabudaya; Pelajar mobiliti; ASEAN |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 16789 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 09 Jun 2021 08:01 |
Last Modified: | 14 Jun 2021 06:42 |
Repository Staff Only: item control page