Kebebasan bersuara dan komentar netizen terhadap isu Muhammad Adib di Berita Harian Online

Poovaneaswary Manoharan, and Muhammad Adnan Pitchan, (2020) Kebebasan bersuara dan komentar netizen terhadap isu Muhammad Adib di Berita Harian Online. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (3). pp. 1-9. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
286kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/15

Abstract

Sejak kebelakangan ini, kebebasan bersuara di media sosial semakin berleluasa. Kebebasan media ini sering dikaitkan dengan kebebasan bersuara. Di mana kebebasan bersuara di media ini merujuk kepada kebebasan bagi sesuatu pihak untuk menyatakan atau menyuarakan pendapat mereka. Kebebasan bersuara ini merujuk kepada satu asas utama dalam masyarakat demokratik. Namun begitu, masyarakat mempunyai piawaian yang berbeza, terutamanya dalam menyuarakan pendapat dengan perspektif yang berlainan. Maka, satu kajian dijalankan bagi menganalisis komentar netizen terhadap isu Muhammad Adib di Berita Harian Online. Isu ini dipilih kerana ia merupakan isu sensasi di mana netizen gemar menyuarakan pendapat mereka dalam pelbagai perspektif dengan cara menulis komentar di berita–berita yang disiarkan di Berita Harian Online. Kajian ini cuba menganalisis komentar netizen terhadap isu Muhammad Adib di Berita Harian Online. Pendekatan yang diambil secara kualitatif ini adalah menggunakan kaedah analisis kandungan dan temu bual mendalam. Analisis kandungan ini menganalisis komentar netizen dari 28 November 2018 sehingga 5 Disember 2018 iaitu sebanyak 602 komentar netizen dipilih untuk analisis. Satu temu bual mendalam juga dijalankan bagi mengetahui cadangan penambahbaikan bagi mengawal kebebasan bersuara di Berita Harian Online. Hasil dapatan kajian menemukan bahawa netizen menyuarakan pendapat melalui komentar walaupun dengan bahasa negatif. Bagi mengatasi ini, cadangan – cadangan daripada informan juga dibincangkan supaya dapat mengawal kebebasan bersuara di Berita Harian Online. Secara keseluruhannya, semua pihak termasuk badan berita, kerajaan dan masyarakat perlu mengambil berat tentang kebebasan bersuara supaya dapat mengekalkan keharmonian negara.

Item Type:Article
Keywords:Komentar; Netizen; Kebebasan bersuara; Isu Muhammad Adib; Berita Harian Online
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16790
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jun 2021 08:08
Last Modified:14 Jun 2021 07:10

Repository Staff Only: item control page