Permintaan pelancong belia terhadap Ipoh sebagai destinasi pelancongan geopark kebangsaan

Fatin Nur Izzati Mohd Nizam, and Habibah Ahmad, (2020) Permintaan pelancong belia terhadap Ipoh sebagai destinasi pelancongan geopark kebangsaan. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (3). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
346kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/15

Abstract

Kedudukan Ipoh di Lembah Kinta yang mempunyai pelbagai warisan sejarah dari aspek perlombongan, sejarah geologi dan kepelbagaian landskap semulajadi telah membuka laluan bagi Ipoh untuk menjadi salah satu destinasi geopelancongan yang boleh dimahsyurkan di kalangan pelancong terutamanya di kalangan belia. Pelancong belia mempunyai satu segmen pelancong yang signifikannya boleh dikembangkan malah turut berpotensi sebagai satu kepentingan yang boleh dijadikan sebagai satu penjanaan bagi peningkatan sektor pelancongan negara untuk lebih maju kehadapan. Kajian ini berfokuskan kepada gelagat pelancong belia, penggunaan dan pengalaman pelancong belia terhadap kawasan Ipoh sebagai destinasi geopark. Data untuk kajian ini dikumpulkan melalui edaran borang soal selidik di kawasan geopark yang dipilih di Ipoh iaitu Taman Rekreasi Gunung Lang dan Taman Eko-Rimba Kledang Saiong. Hasil kajian mendapati kebanyakan pelancong belia berpuas hati dengan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Kajian ini mencadangkan pihak berkepentingan untuk mengkaji semula lokasi geopark yang perlu diurus agar boleh digunakan oleh pelancong, malahan promosi bagi lokasi geopark ini perlu diua-uarkan dengan lebih lagi pada pelbagai medium.

Item Type:Article
Keywords:Geopark; Gelagat; Pelancong belia; Pengalaman; Permintaan
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16791
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jun 2021 08:13
Last Modified:14 Jun 2021 07:12

Repository Staff Only: item control page