Pencelahan dalam mesyuarat di tempat kerja

Nurul Amira Sabri, and Tan, Kim Hua (2020) Pencelahan dalam mesyuarat di tempat kerja. Jurnal Wacana Sarjana, 4 (3). pp. 1-9. ISSN 2600-9501

[img]
Preview
PDF
345kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/15

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pencelahan yang berlaku semasa mesyuarat di tempat kerja. Pencelahan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pencelahan koperatif dan pencelahan yang mengganggu. Pencelahan koperatif boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu persetujuan, bantuan dan pencerahan manakala pencelahan yang mengganggu boleh dibahagikan kepada tiga jenis juga, iaitu pencelahan disebabkan ketidaksepakatan, peralihan penghujah dan turutan berbicara, serta perubahan topik. Tujuan kajian ini adalah untuk menjawab tiga persoalan iaitu pertama, untuk mengenal pasti jenis pencelahan yang berlaku semasa mesyuarat di tempat kerja; kedua, untuk mengenal pasti kekerapan pencelahan dan ketiga, untuk menyiasat alasan pencelahan itu berlaku dalam sesuatu mesyuarat. Dapatan kajian ini mengesahkan bahawa terdapat dua kategori utama iaitu pencelahan koperatif dan pencelahan yang mengganggu, di mana pencelahan koperatif berlaku dengan lebih kerap. Analisis data menunjukkan bahawa terdapat enam alasan mengapa pencelahan berlaku dalam sesuatu mesyuarat.

Item Type:Article
Keywords:Pencelahan; Mesyuarat; Pekerjaan; Koperatif; Mengganggu
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:16793
Deposited By: ms aida -
Deposited On:09 Jun 2021 08:33
Last Modified:14 Jun 2021 07:14

Repository Staff Only: item control page