Analisis pola Masa Mula Suara konsonan plosif bahasa Melayu yang dihasilkan oleh penutur Mandarin dewasa

Badrulzaman Abdul Hamid, and Hasherah Mohd Ibrahim, and Nuraini Farhana Keria, (2020) Analisis pola Masa Mula Suara konsonan plosif bahasa Melayu yang dihasilkan oleh penutur Mandarin dewasa. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 20 (4). pp. 55-73. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
586kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1356

Abstract

Masa Mula Suara (MMS) merupakan penanda akustik yang efektif dalam membezakan kontras penyuaraan bunyi plosif dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa Melayu. Kajian ini bertujuan untuk meneliti pola MMS pada kedudukan awal kata yang dihasilkan oleh penutur monolingual Melayu dan penutur natif Mandarin dalam Bahasa Melayu. Seramai 10 orang penutur natif Mandarin (20-30tahun, M=20.9) telah dipilih sebagai subjek kajian. Sebanyak1080 unit sampel (10 subjek x6 plosif x3 perkataan x3 kali pengulangan) telah direkodkan. Data yang diperoleh dianalisis melalui penelitian spektrogram berasaskan pendekatan fonetik akustik menggunakan perisian PRAAT. MMS yang dihasilkan oleh subjek dalam Bahasa Melayu dan Mandarin dinilai dan dibandingkan dengan data Bahasa Melayu dari kajian lepas. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan di antara MMS plosif penutur monolingual Melayu dan penutur dwibahasa Mandarin (/b/ (p=0.022) ; /d/ (p=0.028) ; /[g]/ (p=0.009) ; /p/ (p=0.007); /t/ (p=0.009), p<0.05) kecuali bagi plosif /k/ (p=0.574, p>0.05). Sebanyak 70% daripada subjek menghasilkan plosif bersuara /b/ dengan duluan suara, diikuti 40% subjek bagi /d/ dan 20% bagi /[g]/ manakala selebihnya dihasilkan dengan tundaan suara pendek. Sebanyak 66.67% sampel bahasa Melayu yang dihasilkan oleh penutur natif Mandarin menyerupai pola MMS penutur monolingual bahasa Melayu manakala sebanyak 33.33% sampel lagi menyerupai pola MMS Mandarin. Kekerapan penggunaan dan pendedahan kepada bahasa Melayu didapati mempengaruhi proses pemerolehan dan penguasaan kontras suara oleh penutur natif Mandarin dalam bahasa Melayu. Hasil kajian ini dapat memberi maklumat lebih objektif kepada ahli linguistik dan terapis pertuturan dalam menilai pertuturan serta dalam mencipta alat penilaian bahasa yang lebih efektif. Kajian ini juga telah menjelaskan yang pemerolehan bahasa Melayu oleh penutur dwibahasa di Malaysia mempamerkan kebolehan menghasilkan bunyi bahasa Melayu menyerupai pola penutur bahasa Melayu natif. Kemampuan penutur dwibahsa ini menunjukkan sistem pendidikan yang berteraskan sekolah kebangsaan membolehkan penutur bahasa kedua menguasai bahasa Melayu dengan baik.

Item Type:Article
Keywords:Masa Mula Suara (MMS); Plosif bersuara; Plosif tak bersuara; Kontras penyuaraan; Penutur dwibahasa; Mandarin
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:16815
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jun 2021 02:39
Last Modified:16 Jun 2021 02:18

Repository Staff Only: item control page