Eufemisme perceraian dalam masyarakat Melayu Sarawak: analisis semantik kognitif

Hamidah Abdul Wahab, and Khazriyati Salehuddin, and Mohammed Azlan Mis, and Imran Ho Abdullah, (2020) Eufemisme perceraian dalam masyarakat Melayu Sarawak: analisis semantik kognitif. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 20 (4). pp. 74-94. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
317kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1356

Abstract

Perceraian merujuk kepada putusnya ikatan pernikahan antara suami dan isteri. Fenomena ini cenderung membawa konotasi yang negatif, misalnya dari sudut implikasi perceraian itu sendiri dan emosi individu yang terlibat. Pada dasarnya, perceraian bukanlah suatu isu yang tidak boleh dinyatakan secara terang-terangan. Walau bagaimanapun, tidak semua individu berasa selesa untuk membicarakannya secara langsung; justeru, bahasa ‘berlapik’ digunakan untuk menyatakannya. Makalah ini menghuraikan konsep perceraian yang wujud dalam masyarakat Melayu Sarawak (MMS), dengan menggunakan data eufemisme dalam domain hubungan antara suami dan isteri. Data kajian diperoleh menerusi kajian lapangan di Kampung Buntal dan Kampung Santubong, Sarawak. Kaedah temu bual dimanfaatkan dengan penglibatan dua orang informan lelaki dan dua orang informan perempuan berusia 40 tahun ke atas. Temu bual berkisar kepada penggunaan bahasa dalam topik perceraian. Data seterusnya dianalisis menggunakan Skema Imej, Metafora Konseptual, dan Metonimi yang terdapat dalam kerangka Idealized Cognitive Models (ICMs) saranan Lakoff (1987). Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujudnya penggunaan eufemisme perceraian seperti sik ada jodoh gik (tidak ada jodoh lagi), sik ada gik dah duak ya (tidak ada lagi mereka berdua itu), sik ada seratan (tidak ada suratan), jodoh setakat tok jak (jodoh setakat ini saja), seratan setakat tok jak (suratan setakat ini saja), dah putus hubungan (sudah putus hubungan), dan dah bepisah (sudah berpisah). Analisis data dari sudut semantik kognitif berupaya menggambarkan pemikiran MMS secara lebih sistematik, misalnya menerusi skema imej Bekas, Laluan dan Sumber-Laluan-Matlamat, metafora konseptual PERCERAIAN ITU KEHILANGAN, PERKAHWINAN ITU PERJALANAN dan PERCERAIAN ITU TERHENTINYA PERJALANAN, PERCERAIAN ITU PUTUS HUBUNGAN, PERCERAIAN ITU PERPISAHAN, dan metonimi PUTUS IKATAN MELAMBANGKAN PERCERAIAN SUAMI ISTERI dan BERPISAH MELAMBANGKAN PERCERAIAN. Kajian ini turut memperlihatkan perkaitan antara pemaknaan dalam eufemisme dengan pengalaman dan pengetahuan MMS tentang perceraian, yang didasari oleh budaya Melayu dan kepercayaan akan ketentuan Allah dalam aturan kehidupan manusia.

Item Type:Article
Keywords:Eufemisme; Perceraian; Skema imej; Metafora konseptual; Melayu Sarawak
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:16816
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jun 2021 02:47
Last Modified:16 Jun 2021 02:39

Repository Staff Only: item control page