Hakase no Aishita Suushiki dan terjemahannya Rumus di Hatinya: analisis kognitif terjemahan menurut teori Model-Meta

Normalis Amzah, and Intan Safinaz Zainudin, (2020) Hakase no Aishita Suushiki dan terjemahannya Rumus di Hatinya: analisis kognitif terjemahan menurut teori Model-Meta. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 20 (4). pp. 130-150. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
424kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1356

Abstract

Eksplorasi kognitif dalam bidang terjemahan mengkaji proses terjemahan melalui dua jenis pendekatan iaitu concurrent verbalization iaitu hasil kajian ke atas penterjemah apabila melakukan kerja terjemahan menggunakan kaedah Think Aloud Protocol, analisis keylogging atau eyetracking manakala retrospective verbalization pula merekod data dari penterjemah selepas kerja terjemahan selesai dilakukan. Kajian kognitif dalam bidang terjemahan masih terlalu menumpukan kepada langkah-langkah yang berlaku semasa kerja penterjemahan dilaksanakan dan kurang memberi tumpuan terhadap proses kognitif yang berkaitan dengan latar-belakang budaya yang mempengaruhi penterjemah ketika membuat keputusan semasa melaksanakan tugas penterjemahan. Penterjemah merupakan seorang perantara yang memproses teks sumber dalam konteks dan budaya asal dan menghasilkan teks sasaran dalam konteks dan budaya berbeza. Proses kognitif yang berlaku dalam penterjemahan secara khususnya ialah persepsi penterjemah akibat dari pemprosesan maklumat realiti sekeliling penterjemah itu. Kajian ini bertujuan untuk melakukan kajian retrospektif yang melihat kepada analisis kognitif iaitu persepsi penterjemah Normalis Amzah apabila beliau menterjemahkan novel Hakase no Aishita Suushiki karya Yoko Ogawa dalam bahasa Jepun ke bahasa Melayu ‘Rumus di Hatinya’. Kerangka teori Model-Meta diaplikasikan untuk melihat bagaimana penterjemah melakukan proses kognitif iaitu persepsi terhadap realiti teks sumber dan teks sasaran dalam proses terjemahan. Berdasarkan teori Model-Meta, proses kognitif seorang penterjemah dibentuk oleh tiga proses pembentukan persepsi utama iaitu generalisasi, pengherotan dan pengguguran. Penerokaan persepsi penterjemah ini dapat memberi gambaran proses yang berlaku sebelum penterjemah memilih strategi atau pendekatan penterjemahan. Penerokaan proses kognitif penterjemah ini bukan sekadar menjawab persoalan apa pendekatan yang dipilih tetapi menghuraikan mengapa penterjemah memilih pendekatan tersebut. Selain melihat kepada persepsi penterjemah, kajian ini juga membincangkan pendekatan yang diambil oleh penterjemah sama ada pendekatan penterjemah lebih menekan unsur asing foreignization atau cuba mendapatkan pengekalan unsur budaya sasaran iaitu domestication. Dapatan kajian mendapati proses generalisasi paling kerap digunakan dan penterjemah dilihat cenderung mengambil pendekatan domestication. Apabila penterjemah mengaplikasikan proses pengguguran, hasil terjemahannya menunjukkan kecenderungan kepada pendekatan foreignization dalam menterjemah. Proses pengherotan pula berlaku apabila penterjemah merasakan terdapat pertentangan antara unsur budaya bahasa sumber dengan budaya bahasa sasaran demi memastikan jalan cerita atau koheren teks tidak terganggu. Dapatan kajian ini juga menunjukkan kajian retrospektif boleh merekod proses kognitif iaitu persepsi penterjemah apabila menterjemahkan teks yang mengandungi budaya dasar yang terdiri daripada kepercayaan, tradisi dan nilai untuk mengikut kesesuaian dan penerimaan pembaca sasaran.

Item Type:Article
Keywords:Kognitif; Retrospektif; Persepsi; Model-Meta; Generalisasi; Pengguguran; Pengherotan
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:16819
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jun 2021 03:13
Last Modified:16 Jun 2021 02:58

Repository Staff Only: item control page