Bila dan mengapa ‘you’ menjadi ‘kita’: satu analisis perbandingan Inggeris-Melayu

Mohamed Zain Sulaiman, and Muhamad Jad Hamizan Mohamad Yusoff, (2020) Bila dan mengapa ‘you’ menjadi ‘kita’: satu analisis perbandingan Inggeris-Melayu. GEMA ; Online Journal of Language Studies, 20 (4). pp. 151-165. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
382kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1356

Abstract

Penggunaan kata ganti nama diri orang berbeza daripada satu bahasa ke bahasa yang lain. Perbezaan paling ketara antara bahasa Inggeris dan Melayu terdapat pada penggunaan kata ganti nama diri orang kedua. Terdapat pelbagai pilihan dalam bahasa Melayu bagi terjemahan kata ganti nama kedua Inggeris yang merujuk secara eksklusif kepada diri orang kedua, iaitu definite you. Penentuan pilihan tersebut bergantung pada faktor-faktor sosio-budaya. Terdapat juga satu jenis lagi kata ganti diri you yang merujuk kepada manusia secara umum dan tidak terhad kepada orang kedua yang dikenali sebagai indefinite you. Dua kamus utama Inggeris-Melayu memberi dua padanan yang bercanggah bagi indefinite you dalam bahasa Melayu. Tinjauan literatur pula tidak menemukan sebarang kajian mahupun perbincangan akademik tentang padanan indefinite you dan terjemahannya yang sesuai dalam bahasa Melayu. Justeru, dengan menggunakan kaedah analisis teks selari (parallel text analysis) makalah ini mengkaji bagaimana fungsi indefinite you direalisasikan secara sejadi dalam bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara umumnya, fungsi indefinite you tidak direalisasikan menggunakan mana-mana varian kata ganti diri kedua dalam bahasa Melayu seperti ‘anda’, ‘engkau’, ‘awak’ dan ‘kamu’. Sebaliknya, terdapat dua kaedah lain yang digunakan: (a) penggunaan perkataan-perkataan yang merujuk kepada manusia secara umum seperti ‘orang’, ‘seseorang’, ‘siapa-siapa’ dan ‘sesiapa’; dan (b) penggunaan kata ganti nama diri orang pertama jamak ‘kita’. Kajian ini turut membincangkan asbab di sebalik pemilihan ‘kita’ dalam bahasa Melayu sebagai kata ganti diri tidak tentu dari perspektif linguistik dan budaya.

Item Type:Article
Keywords:Analisis perbandingan Inggeris-Melayu; Indefinite you; Terjemahan Inggeris-Melayu; Kata ganti nama diri orang; Analisis teks selar
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:16820
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jun 2021 03:23
Last Modified:16 Jun 2021 03:02

Repository Staff Only: item control page