Muhamad Faisal Ashaari, and Mohd Zainudin Abu Bakar, and Siti Jamiaah Abdul Jalil, (2020) Pendekatan dakwah di hospital dalam membimbing kerohanian pesakit. Jurnal Hadhari, 12 (2). pp. 107-126. ISSN 1985-6830
|
PDF
436kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jhadhari/issue/view/1362
Abstract
Pesakit di hospital bukan sekadar memerlukan rawatan klinikal tetapi mereka juga memerlukan bimbingan kerohanian untuk membantu mendapatkan emosi yang kuat dan tabah dalam menghadapi ujian sakit. Namun, aspek kerohanian sering dipandang sepi sedangkan kesakitan fizikal mempunyai kaitan yang rapat dengan aspek kerohanian. Rawatan yang melibatkan kedua-dua aspek ini perlu digabungkan secara bijak untuk menghasilkan rawatan yang holistik kepada pesakit. Pendakwah berperanan untuk membantu pesakit mendapat kesejahteraan dari sudut kerohanian. Terdapat tiga tahap pendekatan dakwah di hospital iaitu nasihat, bimbingan dan pengukuhan emosi dan psikologi. Oleh kerana hospital menumpukan kepada rawatan klinikal, maka dakwah dan bimbingan kerohanian dijalankan secara sokongan dan sukarela. Artikel ini mengemukakan tiga tahap pendekatan ini dan pelaksananya yang terdiri daripada kakitangan hospital, pegawai yang dikhususkan, ahli keluarga dan orang luar termasuklah pesakit itu sendiri. Kakitangan dan pegawai perlu mengambil tanggungjawab ini walaupun mereka mempunyai kerja hakiki di hospital, manakala ahli keluarga sangat bertanggungjawab dalam memastikan tanggungjawab pesakit terhadap sudut ibadah dipenuhi. Pesakit juga perlu meningkatkan sendiri keyakinan dan amalan kerohanian supaya kuat menghadapi ujian sakit.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pendekatan dakwah; Bimbingan kerohanian; Psikologi; Emosi pesakit; Dakwah hospital |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 16827 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 14 Jun 2021 06:55 |
Last Modified: | 17 Jun 2021 02:10 |
Repository Staff Only: item control page