Noor Izzati Mohd Zawawi, and Fariza Md Sham, and A’dawiyah Ismail, (2020) Pengurusan stres remaja cemerlang. Jurnal Hadhari, 12 (2). pp. 127-155. ISSN 1985-6830
|
PDF
473kB |
Official URL: https://ejournal.ukm.my/jhadhari/issue/view/1362
Abstract
Zaman remaja yang mencabar turut memberi kesan kepada golongan remaja cemerlang. Remaja cemerlang dan berbakat merupakan golongan cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum yang sebahagiannya merupakan para pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Walaupun cemerlang dalam pelbagai bidang, pada masa yang sama, mereka turut mengalami stres yang merupakan gejala kejiwaan dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Terdapat pelbagai punca stres golongan ini, antaranya keinginan melakukan sesuatu pekerjaan dengan sempurna. Mereka mengharapkan hasil yang terbaik daripada setiap usaha yang dilakukan. Selain itu, pelajar cemerlang ini juga berhadapan dengan harapan tinggi oleh ibu bapa dan masyarakat. Mereka akan merasa tertekan jika tidak dapat memenuhi harapan yang telah diberikan kepada mereka. Remaja cemerlang juga dikaitkan dengan stres kerana berhadapan dengan daya saing yang tinggi antara mereka. Oleh itu, artikel ini menganalisis perbincangan yang berkaitan dengan pengurusan stres oleh golongan remaja cemerlang. Kaedah kajian secara kualitatif digunakan dengan melakukan analisis dokumen terhadap kajian-kajian lepas. Hasil kajian menunjukkan bahawa remaja cemerlang mempunyai cara yang tersendiri untuk menangani stres dengan menggunakan kelebihan yang ada pada mereka, contohnya kemahiran komunikasi dan penyelesaian konflik. Selain itu, golongan ini juga perlu mengetahui punca yang menyebabkan mereka menjadi stres. Dengan cara ini mereka akan lebih bersedia daripada aspek mental dan fizikal sebelum berlakunya stres yang sebenar. Sokongan ibu bapa dan guru serta amalan-amalan tertentu di dalam Islam juga turut membantu remaja cemerlang dalam pengurusan stres yang efektif.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Stres; Remaja; Cemerlang; Pengurusan stres |
Journal: | Jurnal Hadhari |
ID Code: | 16828 |
Deposited By: | ms aida - |
Deposited On: | 14 Jun 2021 07:03 |
Last Modified: | 17 Jun 2021 02:12 |
Repository Staff Only: item control page