Pengaruh sokongan sosial terhadap pemulihan keagamaan banduan wanita

Siti Jamiaah Abdul Jalil, and Rozmi Ismail, and Yusmini Md. Yusoff, (2020) Pengaruh sokongan sosial terhadap pemulihan keagamaan banduan wanita. Jurnal Hadhari, 12 (2). pp. 157-171. ISSN 1985-6830

[img]
Preview
PDF
358kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jhadhari/issue/view/1362

Abstract

Sokongan ahli keluarga dan masyarakat amat penting dalam membantu proses pemulihan penghuni di penjara. Oleh yang demikian, makalah ini mengenal pasti pengaruh sokongan sosial terhadap pemulihan keagamaan banduan wanita. Tumpuan diberikan terhadap pemulihan keagamaan kerana Jabatan Penjara Malaysia (JPM) telah menggunakan pendekatan keagamaan sebagai salah satu modul utama dalam pemulihan banduan wanita bagi membentuk peribadi individu yang lebih positif. Kaedah kajian kuantitatif dengan instrumen soal selidik digunakan. Data dianalisis dengan kaedah korelasi dan regrasi. Hasil kajian mendapati sokongan sosial mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan nilai keagamaan banduan wanita (r=.206, p<0.05). Sokongan ahli keluarga (r=.203, p<0.05), rakan-rakan (r=.260, p<0.05) dan kakitangan JPM (r=.174, p<0.05) mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan nilai akidah. Analisis regresi turut menunjukkan bahawa sokongan rakan-rakan dan keluarga menjadi faktor peramal kepada nilai keagamaan banduan wanita. Oleh itu, sokongan sosial kepada banduan wanita dapat membantu proses pemulihan mereka terutama dalam menguatkan akidah. Implikasinya pihak JPM perlu membuka ruang dan peluang kepada ahli keluarga untuk memberikan sokongan sosial kepada banduan wanita dan menggalakkan para banduan untuk saling bantu-membantu dan memupuk nilai persaudaraan antara mereka.

Item Type:Article
Keywords:Hak asasi manusia; Sokongan sosial; Penghayatan agama; Banduan wanita; Pemulihan
Journal:Jurnal Hadhari
ID Code:16829
Deposited By: ms aida -
Deposited On:14 Jun 2021 07:08
Last Modified:17 Jun 2021 02:13

Repository Staff Only: item control page