Eksploitasi unjuran pinggir untuk penyetempatan plat kenderaan bebas laluan

Abbas Salimi Zaini, and Siti Norul Huda Sheikh Abdullah, and Azizi Abdullah, and Nelson Budin Sana, and Shariffpudin Basiron, (2021) Eksploitasi unjuran pinggir untuk penyetempatan plat kenderaan bebas laluan. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 10 (1). pp. 27-42. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
850kB

Official URL: https://www.ukm.my/apjitm/articles-year.php

Abstract

Di Malaysia, sistem pengecaman kenderaan (SPK) seperti pengecaman plat kenderaan dan pengiraan kenderaan berkembang pesat di pelbagai bidang seperti mengenal pasti identiti kenderaan bagi tujuan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa keselamatan dan sistem kutipan tol elektronik oleh agensi-agensi lebuh raya. Menemui kawasan diminati dalam suasana illuminasi berselerak di jalan bebas laluan menyebabkan mengesan plat kenderaan menjadi rumit dalam SPK. Kaedah unjuran pinggir dikatakan lasak kepada illuminasi namun, ia cenderung mencipta pinggir palsu dan peka kepada kebisingan yang mengancam kepada prestasi pengecaman. Justeru, kajian ini bermatlamat untuk mencadangkan satu kaedah penyetempatan plat kenderaan menggunakan ekspoitasi unjuran pinggir yang mengandungi empat langkah utama iaitu pra-pemprosessan, carian blob segi empat, analisis dan projeksi menegak blob-blob segi empat. Ia mengira jumlah informasi pinggir yang terdapat dalam blob pada setiap paksi-Y dalam imej. Kaedah penyetempatan ini kemudiannya diuji menggunakan set data plat kenderaan Eropah iaitu set data Baza Slika yang memilik 167 imej kenderaan dan set data Ondrej yang memiliki 97 imej kenderaan. Hasil kajian menunjukkan kaedah cadangan mengatasi kaedah cadangan Ondrej dengan skor ketepatan 95% pada set data Baza Slika dan sedikit rendah pada set data Ondrej iaitu 91% skor ketepatan. Selanjutnya, kaedah cadangan diuji menggunakan set data plat Malaysia iaitu Set Data Tol Sungai Long yang memiliki 584 imej kenderaan berbeza situasi pencahayaan, iaitu 297 imej pada waktu pagi, 140 imej pada waktu petang dan 147 imej pada waktu malam. Kaedah cadangan mengatasi kaedah penanda aras yang lain dan skor ketepatan sebanyak 91.24%, 93.57% dan 75.51% pada masing-masing waktu pagi, petang dan malam.

Item Type:Article
Keywords:Penyetempatan plat kenderaan; Unjuran pinggir
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:16842
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Jun 2021 03:23
Last Modified:20 Jun 2021 04:58

Repository Staff Only: item control page