Garis panduan kesedaran penjawat awam terhadap dasar keselamatan komputer: kajian kes di Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia

Yusmawati Muhd Yusof, and Dalbir Singh, (2021) Garis panduan kesedaran penjawat awam terhadap dasar keselamatan komputer: kajian kes di Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 10 (1). pp. 86-99. ISSN 2289-2192

[img]
Preview
PDF
460kB

Official URL: https://www.ukm.my/apjitm/articles-year.php

Abstract

Dasar Keselamatan ICT (DKICT) adalah dasar, garis panduan dan amalan terbaik yang berkaitan keselamatan komputer yang dikuatkuasakan di sektor awam Malaysia. Dasar ini mempunyai bidang keutamaan yang mengandungi garis panduan dalam melaksanakan infrastuktur ICT di sektor awam. Namun, terdapat jurang yang ketara di antara dasar dan kesedaran terhadap dasar keselamatan komputer ini di kalangan penjawat awam di sektor awam. Sehubungan dengan itu, suatu kajian melibatkan penjawat awam di Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia telah dilaksanakan untuk mengenal pasti faktor kejayaan kritikal bagi pelaksanaan dasar tersebut. Kajian dilakukan melalui kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaji selidik telah dilaksanakan bagi mengukur tahap kesedaran penjawat awam di agensi terhadap pelaksanaan dan penguatkuasaan dasar keselamatan komputer. Faktor-faktor kelemahan dalam pelaksanaan dasar keselamatan komputer di agensi dibincangkan untuk mendapatkan strategi bagi menentukan kejayaan pelaksanaan keselamatan komputer di agensi. Seterusnya faktor-faktor signifikan yang membawa kepada kejayaan pelaksanaan dasar keselamatan komputer di agensi kerajaan telah disahkan oleh pakar. Hasilnya, satu garis panduan telah disediakan untuk diaplikasikan sebagai cadangan penambahbaikan untuk meningkatkan kesedaran penjawat awam terhadap dasar keselamatan ICT di agensi.

Item Type:Article
Keywords:Dasar keselamatan; Sektor awam; Kesedaran; Garis panduan
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:16847
Deposited By: ms aida -
Deposited On:15 Jun 2021 06:26
Last Modified:20 Jun 2021 05:06

Repository Staff Only: item control page