Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan pemodenan pendidikan di Kelantan, 1917-1957

Siti Fathihah Abd Latif, and Mahani Musa, (2021) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan pemodenan pendidikan di Kelantan, 1917-1957. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 48 (1). pp. 1-29. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
563kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1391

Abstract

Artikel ini mengkaji peranan dan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dalam memajukan pendidikan di negeri Kelantan sejak pembukaan sekolah pertama organisasi tersebut pada 1917 sehingga berakhirnya pentadbiran British di Kelantan pada 1957 berikutan kemerdekaan Tanah Melayu. Sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan hal-hal agama, adat dan kebajikan masyarakat Melayu MAIK ternyata bijak mengatur strategi untuk memodenkan pendidikan bagi manfaat umat Islam di negeri itu walaupun dibelenggu oleh dasar-dasar pihak penjajah. Pembirokrasi dalam pentadbiran yang banyak mencontohi sistem birokrasi British di Kelantan dan Tanah Melayu ternyata membolehkan MAIK merancang pembaharuan dalam pendidikan dengan cara yang lebih sistematik. Hasilnya, MAIK bukan sahaja berjaya menubuhkan sekolah-sekolah kendalian MAIK, malah berupaya membawa masuk banyak sekolah di negeri itu untuk berada di bawah naungan organisasi tersebut. Manakala strategi MAIK menyediakan sekolah Inggeris dan sekolah Arab pula membuktikan MAIK berusaha untuk memberi pendidikan yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi kepada masyarakat Islam di negeri itu. Malah MAIK mendahului pihak British dalam aspek pendidikan wanita. Organisasi ini bertanggungjawab memajukan pendidikan wanita di Kelantan termasuk memberi peluang kepada kanak-kanak perempuan melanjutkan pengajian ke luar negara. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan pengumpulan dan penilaian data daripada sumber-sumber primer yang diperoleh daripada Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan MAIK dan Perpustakaan Hamzah Sendut, Universiti Sains Malaysia. Kajian ini mendapati langkah-langkah pembirokrasian dalam pentadbiran pendidikan, penubuhan sekolah Inggeris dan sekolah Arab serta pemerkasaan pendidikan wanita bukan sahaja menjadikan sekolah kendalian MAIK terus kukuh dan mendapat kepercayaan orang ramai malah meletakkan MAIK dan para penggiatnya sebagai aktor dan ejen yang penting dalam memelihara kebajikan serta kesejahteraan masyarakat tempatan melalui pendidikan sepanjang berlangsungnya kolonialisme British di negeri itu.

Item Type:Article
Keywords:British; Elit dan intelektual Melayu; MAIK; Pendidikan
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:16851
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jun 2021 00:15
Last Modified:21 Jun 2021 05:55

Repository Staff Only: item control page