Penglibatan orang Cina dalam sektor perladangan getah di Kedah 1909-1941

Rozaini Ahmad, and Mohd Annas Shafiq Ayob, (2021) Penglibatan orang Cina dalam sektor perladangan getah di Kedah 1909-1941. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 48 (1). pp. 46-70. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
491kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1391

Abstract

Kedah merupakan sebuah negeri yang berlatarbelakangkan sektor pertanian sejak sebelum kedatangan British seperti penanaman padi dan ubi kayu. Namun setelah campurtangan British pada tahun 1909, getah mula dibawa masuk menyebabkan ramai pemodal Eropah dan Cina membuka ladang getah secara besar-besaran. Perkembangan penanaman getah berkembang pesat sehingga permulaan Perang Dunia Kedua iaitu pada 1941. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan mengkaji sejauh mana peranan dan sumbangan orang Cina dalam sektor perladangan getah di Kedah bermula antara tahun 1909 hingga 1941. Penelitian ini mengetengahkan metode analisis kandungan sebagai metode utama pengumpulan data berkenaan sejarah orang Cina di Kedah melalui Arkib Negara Malaysia bagi penganalisisan data berkenaan peranan dan sumbangan orang Cina dalam sektor penanaman getah. Hasil kajian mendapati orang Cina terlibat membangunkan sektor perladangan getah sejak awal getah diperkenalkan pada tahun 1909. Selain itu, mereka turut menjadi pengusaha dan pemilik ladang getah. Sehingga tahun 1930, keluasan ladang getah yang dimiliki oleh orang Cina di Kedah melebihi bangsa lain seperti Melayu dan India. Buruh-buruh Cina turut di bawa masuk bagi merancakkan lagi sektor peladangan getah. Orang Cina turut menubuhkan persatuan dalam kalangan pengusaha getah bagi menjaga kebajikan sesama mereka. Seterusnya, beberapa polisi membabitkan penanaman getah diperkenalkan oleh British seperti pengenalan lesen pemilikan dan penjualan getah. Hasilnya, penglibatan orang Cina yang ketara dalam sektor perladangan getah telah menaikkan hasil ekonomi negeri Kedah.

Item Type:Article
Keywords:Getah; Orang Cina; Kedah; British; Negeri-negeri Melayu
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:16853
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jun 2021 01:29
Last Modified:21 Jun 2021 06:21

Repository Staff Only: item control page