Peranan pemerhati pilihan raya: kajian kes Malaysia

Muhamad Takiyuddin Ismail, and Norazam Mohd Noor, (2021) Peranan pemerhati pilihan raya: kajian kes Malaysia. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 48 (1). pp. 96-122. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
571kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1391

Abstract

Bagaimanakah peranan dan batasan yang dipunyai oleh organisasi pemantau pilihan raya domestik (DEMO) dalam sebuah sistem yang terletak dalam di tengah-tengah kontinum demokrasi/autokrasi seperti Malaysia? Meskipun aktiviti DEMO di Malaysia telah bermula sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1990 hinggalah sepuluh siri pilihan raya kecil yang di adakan selepas PRU 2018 yang bersejarah, ia dilihat tidak begitu menonjol sebagai pihak ketiga yang mempunyai legitimasi berbanding DEMO di beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Artikel ini menemukan tiga faktor yang berperanan dalam mempengaruhi operasi DEMO di Malaysia iaitu sistem pilihan raya Malaysia yang bersifat dwi-karektor, polarisasi yang berlaku dalam masyarakat sivil serta sifat politik dalam kalangan DEMO. Biarpun pasca PRU 2018 menyaksikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempelbagaikan penglibatan DEMO, ia ironinya mewujudkan pertumpuan dalam kalangan DEMO yang pro-Pakatan Harapan. Dapatan juga menyarankan yang tiga faktor penting yang dianggap menyumbang kepada kemajuan DEMO – penglibatan masyarakat sivil, penyaluran bantuan demokrasi dan juga kombinasi rungutan dan struktur peluang politik – tidak memainkan peranan melengkapkan di Malaysia.

Item Type:Article
Keywords:Organisasi pemantau; Pilihan raya domestic; Pemantuan pilihan raya di Malaysia; Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia; Tadbir urus pilihan raya, Masyarakat civil
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:16855
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jun 2021 01:50
Last Modified:21 Jun 2021 06:25

Repository Staff Only: item control page