Hubungan normalisasi Malaysia dengan China: hujahan realisme neoklasik dalam menganalisis keputusan Tun Abdul Razak

Mohamad Ikhram Mohamad Ridzuan, and Mohd Ikbal Mohamad Huda, and Sity Daud, (2021) Hubungan normalisasi Malaysia dengan China: hujahan realisme neoklasik dalam menganalisis keputusan Tun Abdul Razak. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 48 (1). pp. 123-150. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
618kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1391

Abstract

Artikel ini menganalisis perubahan dasar luar Malaysia terhadap China ketika era Abdul Razak iaitu daripada peringkat permusuhan kepada hubungan normalisasi. Tiga persoalan diketengahkan didalam kajian ini iaitu apa faktor yang mempengaruhi perubahan dasar luar Malaysia terhadap China; kedua, bagaimana tiga peringkat analisis menstrukturkan dasar luar Malaysia terhadap China dan ketiga, sejauhmana hubungan yang terjalin memberikan impak ke atas kepentingan nasional. Hujahan ketiga-tiga faktor tersebut dianalisis melalui tiga peringkat iaitu struktur antarabangsa, perubahan domestik dan peranan pemimpin. Teori realisme neoklasikal telah diadaptasi untuk menganalisis penstrukturan dasar luar Malaysia terhadap China ketika era Abdul Razak. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan memperoleh data primer melalui temu bual berstruktur dengan para tokoh informan utama, kaedah analisis berdasarkan kronologi dan diperkukuhkan dengan bukti-bukti empirikal melalui data sekunder. Kesimpulannya, kajian mendapati bahawa harmony interest dan diplomasi ping pong mempengaruhi dalam perubahan dasar luar Malaysia terhadap China. Walaupun kedua-dua buah negara saling mencurigai di dalam hubungan diplomatik namun berlaku peningkatan kerjasama yang komprehensif melalui aspek perdagangan dan politik.

Item Type:Article
Keywords:Malaysia; China; Dasar luar; Diplomasi ping pong; Harmony interest
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:16856
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jun 2021 02:24
Last Modified:21 Jun 2021 06:26

Repository Staff Only: item control page