Sumber historiografi al-Attas dalam pentafsiran sejarah kedatangan dan penyebaran Islam di Alam Melayu

Azmul Fahimi Kamaruzaman, and Aidil Farina Omar, and Roziah Sidik@Mat Sidek, (2021) Sumber historiografi al-Attas dalam pentafsiran sejarah kedatangan dan penyebaran Islam di Alam Melayu. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 48 (1). pp. 151-174. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
511kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1391

Abstract

Artikel ini menganalisis sumber historiografi Syed Muhammad Naquib al-Attas yang dibincangkan dalam pentafsiran sejarah kedatangan dan penyebaran Islam di Alam Melayu. Menurut Barton, perspektif dan kesimpulan akhir seorang sejarawan bergantung pada sumber-sumber yang dirujuk. Justeru, mengetahui dan menganalisis sumber historiografi yang dirujuk al-Attas adalah untuk memahami pentafsiran beliau tentang sejarah. Kaedah tafsiran sejarah dan analisis teks diaplikasi untuk mengumpul data dan menganalisis karya-karya al-Attas yang mengandungi data-data sejarah awal Islam di Alam Melayu. Karya-karya tersebut adalah Preliminary Statement on a General Theory of the Islamization of The Malay - Indonesian Archipelago, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, The Correct Date of Terengganu Inscription dan Historical Fact and Fiction. Kajian ini memperincikan sumber-sumber primer dalam tafsiran sejarah al-Attas iaitu al-Qur’an, hadis, artifak, geneologi dan naskhah-naskah Melayu lama. Kajian mendapati sumber-sumber sejarah primer ini dipilih oleh al-Attas kerana sumber-sumber ini paling berautoriti dalam pentafsiran sejarah kedatangan Islam di Alam Melayu.

Item Type:Article
Keywords:al-Attas; Sumber sejarah; Historiografi; Sejarah kedatangan dan penyebaran Islam di Alam Melayu
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:16857
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jun 2021 02:35
Last Modified:21 Jun 2021 06:28

Repository Staff Only: item control page