Separatisme dan terorisme di Asia Tenggara: kajian kes GAM, MILF dan PULO

Mohd Irwan Syazli Saidin, and Mohammad Agus Yusoff, (2020) Separatisme dan terorisme di Asia Tenggara: kajian kes GAM, MILF dan PULO. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 47 (2). pp. 1-22. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
447kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1286

Abstract

Artikel ini membincangkan separatisme dan terorisme di Asia Tenggara dengan merujuk kepada kajian kes Gerakan Aceh Merdeka (GAM) di Indonesia, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Selatan Filipina dan Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO) di Selatan Thailand. Fokus artikel adalah untuk melihat sejauh mana perkaitan GAM, MILF dan PULO dengan terorisme menerusi beberapa insiden keganasan yang pernah berlaku di rantau Asia Tenggara. Kajian ini dilaksanakan menerusi kaedah kualitatif iaitu dokumen analisis bersumberkan laporan penyelidikan, akhbar dan laman sesawang. Ketiga-tiga gerakan pemisah ini pernah bergiat aktif dalam memperjuangkan kemerdekaan dan tuntutan wilayah autonomi sekitar awal 1990-an sehingga pertengahan 2000-an. Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai siri serangan dan keganasan berlaku seperti penculikan, pengeboman berani mati dan tembakan rambang membabitkan kecelakaan terhadap orang awam dan pihak berkuasa. Situasi ini telah mengancam kestabilan dan keselamatan rantau Asia Tenggara apabila gerakan separatis GAM, MILF dan PULO dilihat melaksanakan modus operandi kumpulan pengganas transnasional seperti al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah dalam usaha untuk mencapai objektif tuntutan pemisahan wilayah mereka. Walaupun pimpinan GAM, MILF dan PULO menafikan sebarang pembabitan dengan kegiatan terorisme, artikel ini mendapati beberapa persamaan tingkah laku, sumber latihan ketenteraan, dana dan peralatan yang diperolehi dilihat menyokong hujah bahawa gerakan pemisah di Asia Tenggara adalah saling berkait dengan terorisme.

Item Type:Article
Keywords:GAM; MILF; PULO; Terorisme; Separatisme
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:16859
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jun 2021 03:49
Last Modified:21 Jun 2021 06:02

Repository Staff Only: item control page