Impak perjanjian asas hubungan perdagangan dan ekonomi Malaysia dan Indonesia dalam kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976

Mohamad Akmal Ibrahim, (2020) Impak perjanjian asas hubungan perdagangan dan ekonomi Malaysia dan Indonesia dalam kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 47 (2). pp. 23-46. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
467kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1286

Abstract

Ketika era konfrontasi berlaku antara Malaysia dan Indonesia, Presiden Sukarno telah menjalankan konfrontasi politik dan ekonomi terhadap Malaysia. Keadaan ini telah menyebabkan aktiviti ekonomi antara Malaysia dan Indonesia terhenti terutama dalam sektor perdagangan. Kesan daripada konfrontasi ekonomi, perdagangan Malaysia dan Indonesia menurun akibat Indonesia memberhentikan mengeksport bahan mentah iaitu getah dan bijih timah ke Pulau Pinang untuk diproses. Indonesia juga terpaksa membayar kos yang tinggi untuk memproses bijih timah dan getah ke Eropah. Selepas kejatuhan Presiden Sukarno, munculnya order Baru era Presiden Suharto. Presiden Suharto telah menjalin semula hubungan diplomatik dan kerjasama ekonomi Malaysia dan Indonesia melalui Perjanjian Asas Hubungan Perdagangan dan Ekonomi Malaysia dan Indonesia pada tahun 1967. Kajian akan mengkaji impak Perjanjian Asas Hubungan Perdagangan dan Ekonomi di Malaysia dan Indonesia terhadap kerjasama ekonomi perdagangan. Kajian mendapati Perjanjian Asas Hubungan Perdagangan dan Ekonomi Malaysia dan Indonesia merupakan era pemulihan hubungan kerjasama ekonomi yang lebih aktif. Banyak bidang kerjasama dalam ekonomi diperbaharui oleh kedua-dua negara terutama dalam menangani isu-isu ekonomi yang berkaitan dengan penyeludupan barangan, isu-isu perikanan dan persempadanan laut, dan kerjasama perdagangan darat dan laut yang menjadi hubungan asas ekonomi Malaysia dan Indonesia.

Item Type:Article
Keywords:Perdagangan; Perjanjian Asas Ekonomi dan Perdagangan; Malaysia; Indonesia; Kerjasama ekonomi
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:16860
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jun 2021 04:01
Last Modified:21 Jun 2021 06:04

Repository Staff Only: item control page