Pelacuran dan isu bersekedudukan dalam kalangan wanita Melayu di Johor, 1930-an-1950-an

Mahani Musa, (2020) Pelacuran dan isu bersekedudukan dalam kalangan wanita Melayu di Johor, 1930-an-1950-an. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 47 (2). pp. 47-77. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
514kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1286

Abstract

Artikel ini bertujuan meneliti gejala sosial khususnya pelacuran dan isu bersekedudukan dalam kalangan wanita Melayu di Johor antara tahun 1930-an hingga 1950-an. Kedua-dua gejala sosial ini telah dikesan berlaku sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi namun menjadi semakin ketara selepas tamatnya perang sehingga mendorong kerajaan Johor melancarkan satu gerakan pembanterasan secara besar-besaran yang melibatkan pelbagai jabatan kerajaan di negeri itu. Perceraian seringkali dilihat sebagai punca wanita Melayu terjerumus ke dalam kancah pelacuran dan bersekedudukan. Walau bagaimanapun penelitian ke atas dokumen-dokumen rasmi Pejabat Agama, Pejabat Kadi Besar, Pejabat Setiausaha Kerajaan, dan Pejabat Daerah mendapati permasalahan moral yang melanda wanita Melayu di negeri itu bukan sahaja berkait dengan perceraian atau kesukaran hidup akibat perang malah juga turut disumbangkan oleh faktor-faktor lain. Usaha pemodenan Johor sejak 1860-an yang turut menyaksikan pertumbuhan ekonomi dan perbandaran, misalnya, telah menyebabkan muncul pelbagai kegiatan hiburan, pusat hiburan dan kedai makan di bandar-bandar utama di Johor. Hal ini membuka kepada pelbagai peluang pekerjaan kepada wanita Melayu termasuk pekerjaan yang tidak bermoral seperti pelacuran, dan kerapkali membawa kepada bersekedudukan. Hasil kajian juga mendapati bahawa usaha pembanterasan gejala sosial dalam kalangan wanita Melayu ini bukan sahaja melibatkan badan kerajaan malah juga orang awam termasuk yang digerakkan oleh kaum wanita sendiri.

Item Type:Article
Keywords:Wanita Melayu; Johor; Perceraian; Pelacuran; Bersekedudukan
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:16861
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jun 2021 04:12
Last Modified:21 Jun 2021 06:05

Repository Staff Only: item control page