Gerakan penentangan pemindahan MCAS Futenma ke Henoko di Okinawa, Jepun oleh All Okinawa Council

Asmadi Hassan, and Rohayati Paidi, (2020) Gerakan penentangan pemindahan MCAS Futenma ke Henoko di Okinawa, Jepun oleh All Okinawa Council. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 47 (2). pp. 78-101. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
559kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1286

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang All Okinawa Council (Shimagurumi Kaigi: AOC) iaitu kumpulan pendesak dengan keahliannya yang terdiri daripada penduduk tempatan, kesatuan sekerja, parti politik, pertubuhan perniagaan, kumpulan wanita dan belia serta pelbagai kumpulan sivil lain di Okinawa. Kumpulan ini bersifat setempat kerana ditubuhkan di Okinawa untuk menentang pemindahan pangkalan tentera Amerika Syarikat, Marine Corps Air Station Futenma (MCAS Futenma) yang terletak di Ginowan ke Henoko iaitu dua buah bandar di prefektur tersebut. Sebagai ganti, mereka mendesak supaya pangkalan tentera tersebut dipindah keluar dari Okinawa. Bagaimana kumpulan ini mencapai matlamat mereka? Artikel ini membincangkan pergerakan yang dilakukan untuk mencapai matlamat perjuangan mereka. Kajian ini dijalankan menerusi kaedah kualitatif iaitu analisis dokumen bersumberkan laporan penyelidikan, akhbar dan laman sesawang. Artikel ini mendapati bahawa AOC menyebarluaskan ketidakadilan yang berlaku terhadap mereka supaya diketahui oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa. Caranya adalah melalui berdemonstrasi, membuat petisyen, perundangan, lawatan keluar negara dan sebagainya. Kesan dari aktiviti ini ialah melambatkan pembinaan pangkalan tentera tersebut dan diharapkan pada suatu hari nanti atas usaha yang berterusan akan membuahkan hasil dengan pemindahan keluar MCAS Futenma dari Okinawa dan bukannya di Henoko.

Item Type:Article
Keywords:All Okinawa Council; MCAS Futenma; Ginowan; Henoko; Kumpulan pendesak
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:16862
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jun 2021 04:25
Last Modified:21 Jun 2021 06:07

Repository Staff Only: item control page