Hubungan Jardine Matheson & Co. (JM) dan Dinasti Ch’ing 1832-1912: dari musuh menjadi kawan

Fairisa Othman, and Suffian Mansor, and Mohd Samsudin, (2020) Hubungan Jardine Matheson & Co. (JM) dan Dinasti Ch’ing 1832-1912: dari musuh menjadi kawan. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 47 (2). pp. 102-125. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
521kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1286

Abstract

Artikel ini menilai bentuk hubungan dan usaha yang dilakukan oleh Jardine Matheson & Co. untuk mewujudkan hubungan dengan Dinasti Ch’ing. Skop perbincangan bermula penubuhan JM di China pada tahun 1832 sehingga berakhirnya pemerintahan Dinasti Ch’ing pada 1912. Sepanjang tempoh tersebut, hubungan antara Jardine Matheson & Co. (JM) dan Dinasti Ch’ing mengalami fasa perubahan. Pada peringkat awal, hubungan antara keduanya adalah tidak baik disebabkan oleh perbezaan dasar dan pandangan berkaitan diplomasi dan perdagangan. Kerajaan Ch’ing mengamalkan dasar pintu tertutup sebaliknya Barat mengamalkan perdagangan bebas. Pedagang Barat seperti Jardine dan Matheson melihat China sebagai sumber ekonomi dan pasaran yang menguntungkan. Namun, keengganan Kerajaan Ch’ing mengubah dasar dan mengenakan sekatan undang-undang ke atas pedagang Barat menyebabkan Jardine mempengaruhi Kerajaan Britain untuk menggunakan kekerasan ke atas China. Akhirnya, Britain bersetuju mengisytiharkan perang dan China terpaksa akur dengan kekuatan Britain. Kemenangan Britain membolehkan JM berkembang pesat di China. Menjelang pertengahan abad ke-19, JM tidak lagi bergantung dengan perdagangan candu semata-mata tetapi mula terlibat dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan sebagainya. Bagi mengukuhkan kedudukan syarikat, generasi kedua JM mula berusaha untuk memulihkan hubungan dengan pihak kerajaan Ch’ing. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh JM antaranya seperti melantik orang Cina sebagai orang tengah, memberi pinjaman kewangan serta membantu dalam rancangan pembangunan yang dilakukan oleh Kerajaan Ch’ing. Justeru itu, kajian ini menggunakan kajian sejarah dengan meneliti rekod, dokumen dan surat menyurat milik JM dan Kerajaan Ch’ing di Arkib Janus, University of Cambridge dan the National Archives, London. Hasil kajian mendapati JM berjaya mewujudkan hubungan dengan Kerajaan Ch’ing dalam aspek ekonomi disebabkan Kerajaan Ch’ing sendiri memerlukan bantuan dan sokongan daripada Barat dalam usaha kerajaan untuk membangunkan dan pemodenan dalam Gerakan Memperkuatkan Diri (GMD) di China.

Item Type:Article
Keywords:Hubungan; Jardine Matheson & Co.; Kerajaan Ch’ing; Pinjaman kewangan dan GMD
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:16863
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jun 2021 04:38
Last Modified:21 Jun 2021 06:08

Repository Staff Only: item control page