Perkembangan industri filem nasional Malaysia (1933 – 1989)

Fatimah Muhd Shukri, and Nur Afifah Vanitha Abdullah, (2020) Perkembangan industri filem nasional Malaysia (1933 – 1989). Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 47 (2). pp. 126-148. ISSN 2180-0251

[img]
Preview
PDF
490kB

Official URL: https://ejournal.ukm.my/jebat/issue/view/1286

Abstract

Filem nasional adalah filem yang memaparkan isu dan identiti negara bangsa. Aspek ini yang membezakannya daripada filem-filem popular yang berbentuk komersial. Pembikinan filem nasional bermula pada era filem Melayu. Industrinya berkembang semasa era filem Melayu dan era filem Malaysia. Era filem Melayu bermula pada tahun 1933 di Singapura, manakala era filem Malaysia pula muncul setelah pembentukan negara Malaysia. Terdapat banyak penulisan lepas tentang era filem Melayu dan era filem Malaysia. Namun begitu, dokumentasi tentang filem nasional Malaysia, terutamanya dari aspek perkembangan industri filem nasional masih terhad. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan menerangkan pembentukan industri filem nasional Malaysia dari aspek penerbit, pengarah dan tenaga kreatif yang dikemukakan oleh Street (1997). Data bagi artikel ini diperoleh bersandarkan kajian penyelidikan asas dengan reka bentuk kajian kualitatif. Pendekatan sejarah diaplikasikan bagi meneliti sumber-sumber seperti surat khabar, artikel jurnal, buku, tesis dan filem. Dapatan dalam artikel ini adalah, industri filem nasional Malaysia berkembang secara berperingkat dan pembentukkannya tidak sama seperti di Britain yang dimulai dengan kemunculan penerbit, pengarah serta diikuti oleh tenaga kreatif tempatan. Ia bermula dengan kemunculan tenaga kreatif dan pengarah filem pada era filem Melayu terlebih dahulu, sebelum kemunculan penerbit filem pada era filem Malaysia pada tahun 1970-an.

Item Type:Article
Keywords:Filem nasional Malaysia; Industri filem; Tenaga kreatif; Pengarah dan penerbit
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:16864
Deposited By: ms aida -
Deposited On:16 Jun 2021 04:51
Last Modified:21 Jun 2021 06:09

Repository Staff Only: item control page