Strategi memungut spesies moluska paya bakau di Sabah dari perspektif etnoarkeologi

Deejay Daxter A. Albert, and Velat Bujeng, (2021) Strategi memungut spesies moluska paya bakau di Sabah dari perspektif etnoarkeologi. Jurnal Arkeologi Malaysia, 34 (1). pp. 29-41. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Penulisan ini membincangkan mengenai strategi memungut spesies moluska paya bakau bagi masyarakat prasejarah di Sabah dengan memerhati aktiviti memungut moluska di paya bakau oleh masyarakat Bajau di Tuaran, Sabah. Pemerhatian turut serta dan temu bual yang diadakan dengan golongan nelayan Bajau di Kampung Tambalang Laut Laya-Laya mendapati bahawa strategi yang di aplikasi untuk memungut moluska di kawasan paya bakau dipengaruhi pasang surut air. Meskipun mempunyai spesies utama yang diburu iaitu lokan (Geloina expansa), spesies-spesies moluska lain turut dipungut secara sampingan jika dijumpai. Dengan membandingkan jumpaan spesies moluska paya bakau di tapak-tapak arkeologi di Sabah, ditemui bahawa kemungkinan strategi memungut moluska paya bakau yang di aplikasi masyarakat Bajau di Tuaran pada masa kini turut diguna pakai serba-sedikit oleh masyarakat prasejarah di Sabah.

Item Type:Article
Keywords:Etnoarkeologi; Paya bakau; Sisa cangkerang; Lokan; Geloina expansa; Bajau Tuaran
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:16882
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Jun 2021 06:50
Last Modified:24 Jun 2021 16:41

Repository Staff Only: item control page