Konservasi artifak budaya Iban dalam Muzium Sarawak: satu penelitian awal

Gregory Kiyai @ Keai, and Noria Tugang, (2021) Konservasi artifak budaya Iban dalam Muzium Sarawak: satu penelitian awal. Jurnal Arkeologi Malaysia, 34 (1). pp. 43-58. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
810kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Penyelidikan ini adalah memfokuskan etnografi dan konservasi material budaya masyarakat Iban dalam Muzium Sarawak dalam proses penelitian awal. Selama 100 tahun, Muzium Sarawak berperanan besar dalam usaha untuk memelihara dan memulihara warisan budaya masyarakat peribumi Sarawak, khususnya artifak budaya masyarakat Iban. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu untuk mengenal pasti, memahami dan meneliti konservasi dan artifak budaya Iban dengan menemu bual informan yang relevan secara in-depth interview, pemerhatian secara tidak langsung dan pendokumentasian secara bergambar. Selain itu, sumber sekunder turut digunakan bagi menyokong kerelevanan penyelidikan ini. Dapatan penyelidikan mendapati bahawa telah wujud pola perubahan dalam pembangunan bidang konservasi artifak budaya masyarakat Iban dalam Muzium Sarawak. Tujuan penyelidikan ini adalah sebagai usaha untuk mendokumentasikan pemeliharaan dan pemuliharaan artifak budaya masyarakat Iban. Oleh itu, melalui penyelidikan ini diharapkan mampu untuk memberikan penambahan ilmu baharu kepada pemuliharaan dan pemeliharaan artifak budaya masyarakat Iban dalam Jabatan Muzium Sarawak.

Item Type:Article
Keywords:Artifak; Budaya; Iban; Konservasi; Muzium; Sarawak
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:16883
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Jun 2021 06:57
Last Modified:24 Jun 2021 16:43

Repository Staff Only: item control page