Pengelasan jenis-jenis meriam tradisional Melayu berasaskan kepada saiz dan reka bentuk

Mohd Hasanuddin Mohd Yusof, and Zuliskandar Ramli, (2021) Pengelasan jenis-jenis meriam tradisional Melayu berasaskan kepada saiz dan reka bentuk. Jurnal Arkeologi Malaysia, 34 (1). pp. 59-67. ISSN 0128-0732

[img]
Preview
PDF
514kB

Official URL: http://spaj.ukm.my/jurnalarkeologi/index.php/jurna...

Abstract

Setelah teknologi pembuatan dan penggunaan senjata api mengalir ke alam Melayu, masyarakat di alam Melayu terutamanya golongan pandai logam telah menghasilkan meriam-meriam tradisional dengan cara tersendiri berdasarkan kearifan tempatan. Dengan itu, saiz, reka bentuk dan motif meriam-meriam dihasilkan berdasarkan kepada unsur-unsur tempatan. Berdasarkan pemerhatian di lapangan, perbezaan saiz dan reka bentuk ini membawa kepada pengelasan jenis-jenis meriam tradisional Melayu. Dalam merekodkan dan menganalisis saiz dan reka bentuk meriam tradisional Melayu, pengkaji telah menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif deskriptif. Dengan itu, terdapat beberapa jenis meriam tradisional Melayu yang telah dihasilkan oleh golongan ahli pembuat meriam di alam Melayu. Setiap jenis meriam ini ternyata memiliki fungsi yang berbeza di mana perbezaan saiz dan reka bentuk menjadi faktor utama kepada perbezaan fungsi setiap jenis meriam tradisional Melayu.

Item Type:Article
Keywords:Jenis; Meriam; Tradisional; Melayu
Journal:Jurnal Arkeologi Malaysia
ID Code:16884
Deposited By: ms aida -
Deposited On:21 Jun 2021 07:06
Last Modified:24 Jun 2021 16:44

Repository Staff Only: item control page